Siakap Keli
cara tukar nama kenderaan
Kredit: Nurul Hafizah/ ImageFX

Ini Cara Mudah Tukar Nama Pemilik Kenderaan Secara “Online”

Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Tukar Nama Pemilik Kenderaan Secara “Online”

Sejak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan aplikasi MyJPJ, pelbagai urusan kini lebih mudah diselesaikan tanpa perlu ke kaunter. Dari sekecil-kecil urusan seperti memperbaharui lesen memandu, sehingga ke urusan menukar nama kenderaan.

Dengan inisiatif sebegini, tiada lagi keperluan memohon kerja separuh hari semata-mata untuk beratur panjang di kaunter kerajaan. Hanya dengan mempunyai capaian internet, pelbagai perkara dapat diselesaikan dari hujung jari sahaja.

Kali ini, SK ingin kongsikan bersama anda cara mudah untuk tukar nama kenderaan bagi anda yang ingin menjual kenderaan tanpa perlu ke kaunter. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Nurul Hafizah telah berkongsi langkah demi langkah dengan menggunakan telefon bimbit. Mudah dan cepat.

Menurut wanita tersebut, cara ini dapat diselesaikan hanya jika kenderaan anda tidak mempunyai hutang bersama pihak bank.

“Perlu diingatkan kereta kena selesaikan dulu dekat Puspakom dan takde sangkut hutang bank. Untuk motor tak perlu Puspakom. Baru boleh teruskan langkah ni,” pesan wanita berkenaan.

Pertama sekali, anda perlu muat turun dua aplikasi rasmi bagi urusan ini iaitu MyJPJ dan MyDigital ID.

Kredit: Nurul Hafizah

Kemudian, buat pendaftaran akaun di kedua-dua aplikasi berkenaan. Bagi memudahkan kerja, SK nasihatkan anda selesaikan dahulu pendaftaran akaun MyDigital ID sebelum mendaftar MyJPJ. Selepas selesai pendaftaran, log masuk di aplikasi MyJPJ.

Kredit: Nurul Hafizah

Perhatikan di bahagian bawah nama penuh anda, akan terpapar status ‘Standard’. Itu bermakna akaun MyJPJ anda hanya mempunyai capaian transaksi tertentu. Anda perlu tukar status kepada ‘Advance’ jika ingin lakukan proses penukaran nama kenderaan.

Untuk menukar status ini, anda perlu log keluar aplikasi MyJPJ dan log masuk semula aplikasi menggunakan pilihan MyDigital ID.

cara tukar nama kenderaan
Kredit: Nurul Hafizah

Selepas log masuk, anda akan menerima notis seperti gambar di bawah. Notis ini bertujuan untuk anda menaik taraf status tadi kepada ‘Advance’.

Kredit: Nurul Hafizah

Pilih ‘YA’.

Selepas anda menekan ‘YA’, anda akan menerima notis seperti di bawah. Ini menandakan status MyJPJ anda sudah berjaya ditukar.

Kredit: Nurul Hafizah

Setelah selesai, layari laman sesawang MySikap, https://public.jpj.gov.my/public/login.zul dan log masuk menggunakan ID serta kata laluan yang sama untuk aplikasi MyJPJ. Untuk cara ini, hanya pemilik kenderaan yang boleh lakukan penukaran nama kenderaan.

Di bahagian ‘Kenderaan’, lihat ‘Transaksi/Tindakan’ yang anda ingin lakukan. Pilih ‘Permohonan Pertukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)’ dan isikan maklumat yang diminta.

cara tukar nama kenderaan
Kredit: Nurul Hafizah

Selesai. Anda akan dapat melihat paparan ‘Makluman’ yang boleh anda cetak untuk simpanan anda.

Menurut Hafizah, pemilik lama dan pemilik baharu akan menerima emel berkenaan urusan penukaran nama ini. Semoga bermanfaat.

BACA: Cara Guna “Jumper” Kereta Dengan Betul

Sumber: Nurul Hafizah

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.