Siakap Keli
Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi
Gambar Hiasan

Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi

Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Lebih 1,500 pembayar zakat & wakaf telah terpilih sebagai pemenang bagi kempen-kempen yang telah berlangsung iaitu Kempen 1 Bulan 1 Wakaf, Kempen Jom Potong Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) dan Kempen Year End Zakat (YEZ).

Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi

Majlis disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Haji Abdul Hakim Amir Osman. Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan, Tuan Haji Shakib Samsudin, Pengasas MC Corporate Consultants Sdn Bhd serta Tuan Nik Mohd Hanif Nik Hamid, Pengarah Urusan Merchant Nine Sdn Bhd.

Pemenang utama bagi setiap kempen yang diadakan adalah seramai 46 pembayar zakat & wakaf. Manakala, 5 pembayar zakat yang telah menunaikan zakat sejak tahun 1991 sehingga kini menerima Anugerah Pembayar Setia.

Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi

Sehingga Disember 2024, pihak MAIWP telah mengagihkan RM1.156 bilion dana zakat kepada golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif yang dilaksanakan dalam pelbagai bentuk Skim bantuan, Al-Wakalah, Institusi Pendidikan dan Kebajikan, Prasarana Umat Islam dan banyak lagi. Jumlah PPZ-MAIWP yang berjaya mengutip zakat pada tahun 2024 ini sebanyak RM1.133 bilion, yang mana hasil daripada pembayaran zakat tuan-tuan dan puan-puan menjadi sebahagian kejayaan kami. 

Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi

Para pembayar di PPZ-MAIWP sudah tentu dilindungi Skim Kafalah Muzakki atau Khairat Kematian sehingga RM3,000 serta berpeluang mendapat Skim Wakalah iaitu pengembalian semula wang zakat untuk diagihkan kepada asnaf dari 12.5% hingga 50% bagi bayaran zakat individu melebihi RM25,000 setahun.

Lebih 1,500 Pemenang Terpilih, Ini Bukti Bayar Zakat Ketika Kempen PPZ-MAIWP Sangat Berbaloi

Jadilah sebahagian daripada usaha mulia ini dengan menyumbang zakat kepada pihak yang sahih. Dengan penyediaan pembayaran zakat yang cepat dan mudah, anda dapat melaksanakan kewajipan ini dengan penuh keberkatan sambil memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan. Daftar sekarang dan mulakan perjalanan amal anda. Lawati www.ppz.gov.my untuk maklumat lanjut.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.