Larangan Pergerakan Kenderaaan Berat Pada Waktu Puncak Di Lebuh Raya Tertentu Mulai 19 Februari 2025
KAJANG, SELANGOR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluaskan pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang iaitu di Lebuhraya Utara-Selatan (LUS), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) mulai 19 Februari 2025 (rujuk jadual di bawah).
Pelaksanaan larangan ini telah diwartakan oleh Kerajaan pada 21 Oktober 2024 dan merupakan salah satu inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) yang bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik di kawasan Lembah Klang dan Pusat Bandaraya Kuala Lumpur.
Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan ini adalah:
i. kenderaan motor Kelas 2: Kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas); dan
ii. kenderaan motor Kelas 3: Kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas).
Walau bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi kenderaan berat yang terlibat dengan kerja – kerja pembersihan, pembuangan & penghantaran sisa domestik, perkhidmatan kecemasan & penguatkuasaan dan kenderaan berat yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.
Butiran pelaksanaan larangan pergerakan kenderaan berat tersebut adalah seperti berikut: