Siakap Keli
permohonan upuonline
Kredit: Bernama/ Kementerian Pendidikan Tinggi

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke IPTA & MARA BPT Dibuka Minggu Depan

Permohonan UPUOnline Bagi Kemasukan Ke IPTA & MARA BPT Dibuka Minggu Depan

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program Asasi, Sijil, Diploma & Ijazah  Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua (2) institusi daripada MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline® akan dibuka mulai 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025 bagi permohonan Fasa  Pertama dan pada 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025 bagi  permohonan Fasa Kedua.  

Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi, permohonan terbuka kepada pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan Fasa Pertama, manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka pada permohonan Fasa Kedua. 

Sementara itu, pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet  myBSN mulai 9 Februari 2025 sebelum mengemukakan permohonan. BSN akan mengeluarkan Nombor Pin berserta  salinan resit pembayaran. Pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

Semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini  bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.  Terdapat sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan  MARA BPT seluruh negara. 

Sumber: Kementerian Pendidikan Tinggi

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.