Siakap Keli
kopi kurma
Kredit: Ameer Hamza Qureshi

Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma

Jangan Buang, Lelaki Tunjuk Cara Buat Kopi Dari Biji Kurma

Kini semakin banyak kafe dan peniaga jalanan yang beralih ke arah menjual kopi. Fenomena ini menular berikutan peningkatan penggemar kopi dalam kalangan warga Malaysia di samping permintaan dari kalangan pelancong luar negara.

Di mana sahaja kita berada, pasti ada seorang dua kenalan yang mempunyai pengalaman sebagai barista. Sama ada pernah bekerja di mana-mana kafe mahupun yang mempelajari kemahiran tersebut sebagai satu hobi.

Semakin hari, semakin ramai yang mula tahu ilmu-ilmu berkenaan kopi bermula daripada jenis-jenis biji kopi hingga kepada kaedah dan cara yang sesuai membru kopi supaya kena pada tekak masing-masing. Ada yang inginkan kopi dengan rasa sedikit hangit, ada pula yang gemarkan kopi dengan sedikit rasa sitrus.

Disebabkan itu, semakin banyak pula jenama-jenama kopi tempatan yang muncul dengan kepelbagaian rasa dan aroma tersendiri yang boleh dicuba.

Namun, dalam berkembangnya fenomena kopi ini, ada yang tidak dapat menikmati kopi walau apa sekalipun cara dicuba. Sama ada disebabkan tidak tahan dengan rasa pahitnya, atau juga tidak dapat menerima kandungan kafein dalam minuman.

Tahukah anda, sebenarnya masih ada peluang untuk golongan ini mencuba kopi, khususnya bagi mereka yang tidak ada toleransi badan terhadap kafein. SK ingin perkenalkan kepada anda, kopi yang diperbuat daripada biji kurma. Aroma seakan kopi dari biji kopi tetapi tanpa kafein.

Kredit: Bernama

Fakta menarik kopi biji kurma

Menurut sebuah penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik Fakulti Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Siti Salwa Abd Ghani, biji kurma mengandungi mineral, vitamin dan antioksida yang tinggi selain tidak mengandungi asid dan kafein.

“Ia 10 kali ganda daripada isi buah kurma yang dapat menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan kepekaan insulin dan merupakan antibarah,” ujarnya.

Untuk pengetahuan anda, kopi biji kurma ini sudah lama diminum oleh mereka di Timur Tengah.

Cara buat kopi menggunakan biji kurma

Baru-baru ini seorang pengguna TikTok, Ameer Hamza Qureshi, menunjukkan cara-cara untuk membuat minuman tersebut daripada biji kurma. Ikuti langkah-langkah di bawah.

Pertama sekali, asingkan biji kurma daripada isinya. Untuk hasilkan satu jag air kopi, anda perlukan dalam segenggam biji kurma, lebih kurang 15 hingga 20 biji. Bakar biji kurma di dalam ketuhar selama 30 minit. Biji kurma akan nampak sedikit hangit dan rapuh.

Kredit: Ameer Hamza Qureshi

Masukkan biji kurma ke dalam pengisar kopi dan kisar sehingga halus. Jika anda tidak mempunyai pengisar kopi, anda boleh juga kisar biji kurma menggunakan pengisar kering yang biasa digunakan untuk mengisar rempah.

“Anda akan dapat serbuk yang baunya seakan-akan bau kopi,” kata lelaki tersebut.

Kemudian, bancuh serbuk kopi tadi bersama air panas dalam jag dan bru selama dua minit. Bagi anda yang suka kopi o, tak perlu tambah gula atau susu. Cukup dengan air panas, dan anda sudah boleh nikmati kopi biji kurma bersama lebihan isi kurma tadi.

Kredit: Ameer Hamza Qureshi

Menurut lelaki tersebut, aromanya salin tak tumpah seperti kopi biasa. Namun, kopi kurma mungkin mempunyai rasa yang sedikit berbeza daripada kopi yang diperbuat daripada biji kopi.

Mudah bukan? Selamat mengopi.

@hamzadidit_

#creatorsearchinsights zero caffeine zero bitterness flavourful coffee with date seeds.

♬ original sound – Ameer Hamza Qureshi

BACA: Dah Boleh Sembang Dengan ChatGPT Di WhatsApp, Ini Caranya

Sumber: Ameer Hamza Qureshi, Universiti Putra Malaysia, International Food Research Journal

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.