Gencatan Senjata: Adakah Jalan Menuju Keamanan? Fullstag Artelier Membawakan Pementasan Teater Mempesonakan dalam Solidariti bersama Palestin
Walaupun gencatan senjata telah dicapai, penderitaan rakyat Palestin berterusan. Trauma mendalam, kehilangan tempat tinggal, dan duka kehilangan orang tersayang masih membebani mereka. Rumah-rumah musnah, infrastruktur hancur, dan ketakutan akan konflik berulang terus menghantui kehidupan harian.
Menentang arus krisis ini, Fullstag Artelier, sebuah syarikat teater terkemuka yang komited terhadap isu-isu sosial dan kemanusiaan, mempersembahkan “Surat Dari Rafah”, sebuah eksplorasi mendalam dan penuh makna tentang persahabatan abadi antara dua wanita Palestin. Pementasan ini akan berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2025, di Auditorium DBP di Kuala Lumpur.
“Gencatan senjata bukanlah penjamin keamanan,” tegas Srikandi Emma, Pengarah juga penulis bagi naskah ini di Fullstag Artelier. “Rakyat Palestin berhak mendapatkan penyelesaian adil dan berkekalan dalam konflik yang telah berlarutan selama beberapa dekad ini. Melalui teater, kami berhasrat untuk memperkuatkan suara mereka, kita tidak sepatutnya berhenti untuk
menunjukkan solidariti. Jenayah perang yang dilakukan oleh Israel membuatkan isu ini bukan lagi konflik wilayah atau agama tapi sebuah pembunuhan yang tidak akan berhenti sehinggalah penjarahan dari Israel berhenti.
“Surat Dari Rafah” mengisahkan perjalanan Maryam dan Aishah, dua sahabat yang diikat oleh impian bersama untuk Palestin yang merdeka. Cerita mereka terungkap di tengah-tengah konflik yang telah menghancurkan banyak kehidupan, menjadi bukti kukuh tentang ketabahan semangat manusia.
Setiap pembelian tiket, sebanyak RM5 ringgit akan disumbangkan secara langsung ke tabung Palestin di bawah Bumi Mikraj yang di tatakelola oleh Komuniti Dakwah Tarbiah.
Pementasan ini juga akan menyaksikan kemunculan istimewa Saiful Apek pada malam 15 Februari. Sudah lama memendam hasrat untuk berada di pentas teater, Saiful Apek yang sentiasa bersama Palestin membuat kemunculanya dengan hasrat ini menjadi salah satu usahanya bersama untuk menunjukkan solidariti kita.
Untuk maklumat pementasan pada 14 hingga 16 Februari 2025 di Auditorium DBP, Kuala Lumpur dan tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.fullstag.com