Siakap Keli
Griezmann Pokémon
Gambar: X @Dexerto

Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’

Antoine Griezmann Tukar Jersi Atletico Dengan Kad Pokémon ‘Rare’

Bintang bola sepak Perancis, Antoine Griezmann mencuri perhatian selepas membantu Atletico Madrid meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Getafe, Selasa lalu.

Dalam sebuah video yang kini tular, Griezmann dilihat menukar jersi perlawanan bernilai sekitar £1000 (RM5,538.80) dengan dua kotak kad Pokémon edisi ‘rare’.

Griezmann tidak menyembunyikan keterujaannya apabila menerima dua kotak Prismatic Evolutions Elite Trainer daripada seorang peminat yang menunggu di tepi padang.

https://x.com/Dexerto/status/1888580264391045276?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1888580264391045276%7Ctwgr%5Efe3dc5a2a67c9eb9b9d0745990a49b62ef9c38fa%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fstadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Ftular-antoine-griezmann-tukar-jersi-atletico-dengan-kad-pokemon-282466

Peminat ‘terkejut’ dengan tindakan Griezmann

Aksi tersebut segera mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

“Seriuslah, ini betul-betul berlaku?”

“Orang yang tukar kad itu dengan jersi Griezmann rugi besar,”

Tidak kurang juga yang mengecam tindakan Griezmann, dengan seorang peminat menyifatkannya sebagai tamak kerana menerima semua kotak kad yang ditawarkan.

Bagaimanapun, ada juga yang menyifatkan situasi tersebut sebagai ‘manis’ dan ‘menggembirakan’.

Kad Pokémon kini jadi ‘barang panas’

Kotak Prismatic Evolutions Elite Trainer yang diberikan kepada Griezmann dianggarkan bernilai £50 (sekitar RM276.94) setiap satu.

Namun disebabkan masalah kekurangan stok dan aktiviti ‘scalping’, harga pasaran boleh melonjak sehingga dua kali ganda.

Scalping merujuk kepada tindakan membeli barangan dalam kuantiti besar untuk dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi.

Nilai kad tersebut boleh melonjak lagi bergantung kepada jenis kad yang ditemui dalam pek.

Situasi ini menjelaskan kenapa kad Pokémon menjadi rebutan hingga ada pembeli yang bertindak agresif semasa pelancaran koleksi terbaharu pada Januari lalu.

Persaingan sengit di La Liga

Di sebalik minatnya terhadap kad koleksi, fokus Griezmann tetap tertumpu kepada persaingan sengit La Liga.

Atletico Madrid kini berada di tempat kedua dengan 49 mata, hanya satu mata di belakang pendahulu Real Madrid dan satu mata di hadapan Barcelona.

Walaupun telah bermain di Sepanyol sejak 2009, Griezmann masih belum pernah meraih gelaran juara liga bersama Atletico.

Saingan musim ini dijangka kekal panas dengan kehadiran bintang-bintang seperti Kylian Mbappe, Jude Bellingham dan Vinicius Junior di Real Madrid serta aksi cemerlang Robert Lewandowski dan bakat muda Lamine Yamal di Barcelona.

BACA: “Black Seadevil” Dikesan Berenang Berhampiran Permukaan Laut

BACA: Elon Musk Minat Beli OpenAI, Respon Sam Altman Jadi Tumpuan

BACA: Trump Cadang Gencatan Senjata Gaza Dibatalkan Sabtu Ini

Sumber: Talksport.com

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.