Siakap Keli
Elon Musk Sam Altman
Gambar: AFP

Elon Musk Minat Beli OpenAI, Respon Sam Altman Jadi Tumpuan

Elon Musk Minat Beli OpenAI, Respon Sam Altman Jadi Tumpuan

Ketua Eksekutif OpenAI, Sam Altman, baru-baru ini menolak tawaran bernilai AS$97.4 bilion daripada sebuah konsortium yang diketuai oleh Elon Musk untuk mengambil alih syarikat kecerdasan buatan (AI) tersebut.

Keputusan ini mencetuskan perhatian ramai ketika persaingan antara kedua-dua tokoh teknologi itu semakin memuncak.

Menurut peguam Musk, Marc Toberoff, Musk bersama syarikatnya, xAI, dan beberapa firma pelaburan lain ingin mengembalikan OpenAI kepada misi asalnya sebagai sebuah makmal penyelidikan bukan berasaskan keuntungan.

Laporan berhubung bidaan tersebut pertama kali didedahkan oleh The Wall Street Journal.

Namun begitu, Toberoff tidak memberikan sebarang komen segera mengenai isu ini.

“No, thank you”

Altman memberikan respon pantas terhadap tawaran itu menerusi hantaran di platform X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter).

“Tidak, terima kasih. Tetapi kami akan beli Twitter dengan harga AS$9.74 bilion jika anda berminat,” tulisnya ringkas.

Untuk info, Musk telah membeli X pada 2022 dengan harga AS$44 bilion.

Pada bulan Disember yang lalu, syarikat dana bersama Fidelity telah menilai nilai platform tersebut pada AS$12.32 bilion.

Episod baru ‘perang dingin’ Musk, Altman

Tawaran ini merupakan episod terbaru dalam persengketaan yang sudah bertahun-tahun berlangsung antara Musk dan Altman.

Musk sebelum ini meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah OpenAI pada tahun 2018.

Pada tahun lalu pula, beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat tersebut untuk menghentikannya daripada menjadi entiti berasaskan keuntungan.

Sementara itu, pihak OpenAI mempertahankan keputusan tersebut dengan alasan mereka memerlukan modal yang jauh lebih besar daripada yang dijangkakan untuk operasi syarikat.

Justeru, seorang hakim di California minggu lalu memutuskan bahawa beberapa bahagian tuntutan mahkamah Musk mungkin akan dibicarakan.

Ini termasuk keperluan beliau memberi keterangan di mahkamah dan mengemukakan bukti kepada juri.

Selain itu, Musk turut mengkritik projek mega bernilai AS$500 bilion yang dikenali sebagai “Stargate”, yang diumumkan oleh OpenAI dan disokong oleh bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Musk mempertikaikan kesahihan dana yang kononnya diperuntukkan untuk projek tersebut.

“Mereka sebenarnya tidak mempunyai wang tersebut,” kata Musk dalam satu hantaran di X.

Musk turut mendakwa bahawa SoftBank, salah satu rakan kongsi projek itu, hanya mempunyai kurang daripada AS$10 bilion yang disahkan.

“Saya mendapat maklumat sahih mengenai perkara ini,” tambah beliau.

Altman dengan pantas membalas tuduhan itu di platform yang sama.

“Salah, seperti yang anda pasti tahu,” ujar Altman.

Beliau turut menjemput Musk untuk melawat tapak pertama projek Stargate di Texas dan meminta agar Musk, dalam peranannya dalam pentadbiran Trump, meletakkan kepentingan AS mengatasi kepentingan peribadi syarikatnya.

BACA: Trump Cadang Gencatan Senjata Gaza Dibatalkan Sabtu Ini

BACA: Tentera Israel ‘Berundur’ Dari Koridor Netzarim Di Gaza

BACA: Kanak-kanak Tujuh Tahun Ditemukan Lemas Di Kolam Renang

Sumber: The National

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.