Taman Rahsia Tengah KL, Patut Ramai Serbu Sekarang, Ini 7 Puncanya
Dalam kesibukan ibu kota yang tidak pernah berhenti dengan deretan kenderaan, bunyi hon yang saling bersahutan, dan manusia yang sentiasa berkejaran dengan masa, mencari tempat yang memberikan ketenangan boleh menjadi satu cabaran.
Terutamanya warga Kuala Lumpur, kalau dah hari-hari hadap stres mestilah nak cari tempat-tempat yang boleh memberikan ketenangan untuk kita. Namun, siapa sangka di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, terdapat satu taman yang mampu menawarkan pelbagai kemudahan sukan dan suasana alam yang menenangkan?
Ramai yang mesti tak sangka IWK Eco Park di Pantai Dalam ini terletak di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2. Loji bawah tanah terbesar di Malaysia dan menjadi destinasi gaya hidup yang menggabungkan elemen hijau dengan aktiviti rekreasi.
Bolehlah lepas ni ada port best yang jadi pilihan penduduk bandar untuk bersantai dan beriadah. Tapi kenapa IWK Eco Park ini sentiasa menjadi pilihan untuk bawa keluarga keluar beriadah?
Bukan Sekadar Taman Hijau, Destinasi Lengkap Sesuai Untuk Pelbagai Aktiviti
Di tengah hiruk pikuk kota raya yang sentiasa sibuk, mencari ruang untuk sedikit ketenangan bukan lagi menjadi satu halangan. IWK Eco Park menawarkan lebih daripada sekadar taman hijau—ia adalah destinasi lengkap yang sesuai untuk pelbagai aktiviti.
Sama ada korang ingin beriadah, beraktiviti santai, atau sekadar menikmati suasana alam, taman ini menawarkan sesuatu untuk setiap pengunjung. Berikut adalah 7 sebab kenapa korang harus menjadikan IWK Eco Park dalam senarai destinasi hujung minggu korang:
Kehijauan landskap taman dengan Taman Herbal: Kehidupan kota yang sibuk kadang-kadang memerlukan kita ‘melarikan diri’ sekejap untuk menikmati kehijauan taman. Di IWK Eco Park, korang boleh menikmati suasana hijau sambil lawati taman herbal yang boleh menjadi pilihan ideal untuk ‘healing’.
Lengkap dengan Kemudahan Sukan dan Rekreasi: Tak hanya sekadar taman hijau, IWK Eco Park juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti trek jogging, padang bola sintetik, gelanggang tenis, futsal, dan pickleball. Menarik untuk aktiviti individu mahupun berkumpulan!
Food Truck Setiap Hujung Minggu: Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai hidangan enak dari food truck yang hadir setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad. Nikmati pengalaman menjamu selera di bawah bintang sambil bersantai dengan kawan-kawan.
Surau dan Parking Percuma: Tak perlu risau tentang kemudahan asas – IWK Eco Park menyediakan parking percuma dan surau yang menjadikan kunjungan korang lebih selesa.
Lokasi Ideal untuk Acara dan Majlis: IWK Eco Park juga menjadi lokasi tumpuan untuk pelbagai acara seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, karnival ataupun pertandingan sukan. Terdapat dewan besar (Dewan Merbau) dan satu dewan kecil (Dewan Chengal). Serta, Laman Teratai yang menawarkan ruang yang untuk keperluan indoor mahupun outdoor.
Lokasi Instagrammable: Untuk mereka yang suka ber’ootd’ atau menghasilkan konten menarik, IWK Eco Park menawarkan banyak spot cantik termasuk water fountain, kawasan kehijauan, dan sudut aesthetic yang lain. Sesuai juga untuk sesi fotografi profesional.
Suasana Hijau, Sesuai untuk Piknik: Nikmati hari santai bersama keluarga atau rakan dengan pakej Glam Piknik yang boleh ditempah di sini. Dengan rumput hijau yang terjaga rapi, suasana ini pasti memberikan pengalaman yang berbeza untuk korang.
Bagi bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba ini, IWK EcoPark juga akan mengadakan Bazar Ramadan bermula 1 Ramadan sehingga 28 Ramadan, yang menawarkan pelbagai jualan menarik. Untuk peniaga yang berminat untuk berniaga di sini sila hubungi talian 03 22420420. Sewaan tapak niaga juga telah dibuka.
IWK Eco Park bukan sekadar taman rekreasi – ia adalah inovasi sosial IWK yang melambangkan transformasi hijau dan kemudahan awam di tengah-tengah Kuala Lumpur. Sama ada korang mencari tempat untuk bersantai, beriadah, atau mengadakan acara, taman ini menawarkan pelbagai pilihan yang memenuhi keperluan pengunjung.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan dan kemudahan di IWK Eco Park. Layari laman web mereka di https://ecopark.iwk.com.my/ untuk maklumat lanjut.