Siakap Keli
Jemaah Malaysia Meninggal Dunia

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Selepas Tawaf Wada’ Pada Malam Nisfu Syaaban

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Selepas Tawaf Wada’ Pada Malam Nisfu Syaaban

Seorang jemaah umrah dari Malaysia dilapor meninggal dunia selepas menunaikan tawaf wada’ di Masjidil Haram pada malam Nisfu Syaaban.

Menerusi hantaran Ustaz Abdullah Khairi di Facebook, beliau juga berada di lokasi kejadian dan menyaksikan detik pemergian Allahyarhamah Marina binti Abdul Wahab yang rebah secara tiba-tiba dalam keadaan masih berwuduk.

Selain itu, pendakwah bebas ini turut menyifatkan pengakhiran Allahyarhamah sebagai pengakhiran hayat yang hebat.

“Baru lepas tawaf wada, menangis dalam doa, masih dalam wuduk, berjalan dengan ceria… tiba tiba jatuh dalam masjid dan meninggal!

“Hebat Puan Marina Abdul Wahab… isteri sahabatku, Jamaluddin! Innalillahi wainailaihirajun” ujar hantaran tersebut.

Allahyarhamah merupakan jemaah yang mengikuti rombongan Ustaz Abdullah Khairi di bawah syarikatnya iaitu UAK Travel & Tours Sdn Bhd untuk mengerjakan umrah bersama suaminya, Jamaluddin.

Selamat dikebumikan di Makbara Syuhada Alharam

Menerusi hantaran berasingan, Ustaz Abdullah Khairi turut memaklumkan jenazah arwah telah selamat dikebumikan di tanah suci Makkah.

“Jenazahnya dah dikebumi di Makbara Syuhada Alharam,” tulisnya lagi.

Menceritakan perkara itu lagi, pendakwah bebas itu berkata arwah seorang yang suka memasak bagi orang makan.

“Mati lepas tawaf dalam wuduk hari Jumaat Nisfu Syaaban dipangkuan suami dalam Masjidil Haram disolatkan oleh ribuan manusia di Masjidil Haram lepas solat maghrib. Apa amalan beliau? Suami dia beritahu selalu masak jamu orang (makan),” katanya lagi.

Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan oleh uaktraveltours_official di TikTok memaparkan Allahyarhamah Marina menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya.

Video berdurasi 00:46 turut menunjukkan detik-detik Allahyarhamah dibawa oleh pegawai perubatan, siap dikafankan, disolatkan dan dikebumikan di Tanah Suci.

BACA: Ramai Tak Sabar, Running Man Jumpa Peminat Di Malaysia Petang Ini

@uaktraveltours_official

Pengakhiran hayat yg hebat! Baru lps tawaf wada, menangis dlm doa, masih dalam wuduk… berjalan dengan ceria… tiba tiba jatuh dalam masjid dan meninggal! Hebat Pn. Marina binti Abdul Wahab.. isteri sahabatku Jamaluddin! Innalillahi wainailaihirajun! Jamaah UAK Travel & Tours Sdn. Bhd.

♬ original sound – 🍁ค๒є12🍁 – ₐbₑ | 12

Sumber: abdullahkhairi_official via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.