Siakap Keli
Running Man 2 U
Kredit: Klook

Ramai Tak Sabar, Running Man Jumpa Peminat Di Malaysia Petang Ini

Ramai Tak Sabar, Running Man Jumpa Peminat Di Malaysia Petang Ini

Running Man merupakan sebuah rancangan aneka ragam asal Korea Selatan yang sangat terkenal di serata dunia, malah ia telah menjadi salah satu program variasi yang paling lama bersiaran di negara itu.

Program ini berjaya menarik perhatian penonton melalui konsep permainan yang unik, cabaran fizikal yang mendebarkan dan interaksi lucu antara para peserta.

Sehingga kini, ia menjadi salah satu rancangan hiburan yang paling digemari dan mendapat sambutan yang luar biasa dalam kalangan peminat.

Keunikan konsep permainan, keakraban antara ahli tetap dan pelbagai cabaran menarik yang disajikan dalam setiap episod menjadikan Running Man sebagai tontonan wajib bagi peminat hiburan.

Enam selebriti Running Man sudah tiba di Malaysia

Dalam perkembangan terkini, ahli-ahli Running Man dikhabarkan berada di Malaysia dan bakal menemui peminat tempatan dalam satu majlis, kira-kira 5 petang ini.

Menurut portal Klook, acara ‘Running Man Run 2 U Live in Kuala Lumpur’ akan berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC).

Acara yang dianjurkan oleh Sunstrong Entertainment bakal dihoskan oleh enam bintang Running Man terkenal iaitu Jee Seok Jin, Yoo Jae Seok, Kim Jong Kook, Ha Dong Hoon atau HAHA dan Song Ji Hyo.

Lebih istimewa lagi, kunjungan rombongan berkenaan turut disertai Yang Se Chan yang julung kali ke Malaysia.

‘Running Man Run 2 U’ bukan sahaja menjadi sambutan kembalinya ahli-ahli berkenaan ke Malaysia selepas tujuh tahun, tetapi turut untuk meraikan kejayaan rancangan Running Man yang telah mencapai episod ke-732.

@athifahaziz

my childhood’s dream come true ✨🥹 being fans since 2010, jumpa esok! #RUNNINGMANinKL #RUNNINGMANinMY #RUN2UinKL #RUN2UinKUALALUMPUR

♬ 사랑스러워 – Kim Jong Kook

@itsmeazienuraziah

Since 2010..thank you RM.. i love the way KJK protect our unnie ji hyo..and all members very happy when arrived..🥰 #runningman #kimjongkook #yoojaesuk #haha #yangsechan #jisukjin #songjihyo #kualalumpur #running #run #run2you #CapCut

♬ 좋아 – Jee Seok Jin & Yoo Jae Seok & Kim Jong Kook & HAHA & Song Ji Hyo & Lee Kwang Soo & Jeon So Min & Yang Se Chan

@itsmeazienuraziah

Since 2010..thank you RM.. i love the way KJK protect our unnie ji hyo..and all members very happy when arrived..🥰 #runningman #kimjongkook #yoojaesuk #haha #yangsechan #jisukjin #songjihyo #kualalumpur #running #run #run2you #CapCut

♬ 좋아 – Jee Seok Jin & Yoo Jae Seok & Kim Jong Kook & HAHA & Song Ji Hyo & Lee Kwang Soo & Jeon So Min & Yang Se Chan

Running Man pernah memenangi pelbagai anugerah

Siri jelajah telah bermula pada tahun 2024 dan berjaya dianjurkan di Filipina dan Indonesia dengan tiket habis dijual, di mana membuktikan populariti Running Man yang tidak terhad.

Running Man juga pernah memenangi pelbagai anugerah sejak diterbitkan termasuk Anugerah Program Paling Popular, Anugerah Hiburan SBS Ke-4 pada 2010, Anugerah Program Paling Cemerlang, Anugerah Hiburan SBS (2011) dan banyak lagi.

BACA: Akhirnya, Ujian DNA Dedah Identiti Pembunuh Bersiri ‘Jack The Ripper’

Sumber: Klook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.