Siakap Keli
Gambar: AI

Ini Kos & Anggaran Bina Padang Turf

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ini Kos & Anggaran Bina Padang Turf

Seperti yang diketahui, padang turf atau rumput sintetik kini semakin menambat hati dalam kalangan peminat bola sepak.

Pergi sahaja ke mana-mana padang, kebanyakan pemaju menggunakan padang turf ini.

Ini kerana penggunaan padang ini mengambil kira faktor seperti cuaca, ketahanan dan kos penyelenggaraan.

Berbanding padang asli, padang turf adalah lebih fleksibel. Bukan itu sahaja, padang ini juga dapat meningkatkan kualiti permainan dan prestasi para atlet.

Walau bagaimanapun, pembinaan padang turf memerlukan perancangan teliti dalam pelbagai aspek.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan anggaran kos yang diperlukan untuk membina satu padang turf menerusi perkongsian pengguna akaun TikTok, @zarifkira di ruangan bawah.

Anggaran Kos Pembinaan Padang Turf

Gambar: Sports Zone Malaysia

Kos Pembinaan

Menurut Zarif, kos pembinaan padang turf boleh mencapai RM380,000 sehingga RM420,000 secara keseluruhan.

Kos ini termasuk meratakan tanah, sistem pengaliran, rumput turf dan line marking.

Katanya, padang turf memerlukan tanah seluas dua ekar dan sistem pengaliran yang baik untuk mengelakkan air bertakung.

Walau bagaimanapun, kos keseluruhan ini tidak termasuk kos pembelian tanah sekiranya anda tidak mempunyai tanah persendirian.

 

Kredit: TikTok @zarifkira

Kos Fasiliti

Selain itu, aspek fasiliti juga perlu dipandang seperti tandas, ruang solat, gazebo pemain termasuk ciri keselamatan dan pencahayaan pada waktu malam.

Oleh itu, anggaran kos yang diperlukan untuk pembinaan fasiliti di padang ini mencecah sekitar RM75,000 sehingga RM120,000.

kos padang turf
Kredit: TikTok @zarifkira

Kos Bulanan

Sementara itu, kos bulanan yang perlu ditanggung seperti gaji pekerja, bil, penyelenggaraan dan pemasaran pula boleh mencapai antara RM13,000 ke RM16,000 setiap bulan.

Tambah Zarif, anda memerlukan modal sekurang-kurangnya RM500,000 sekiranya untuk membina satu padang ini (tanah sendiri).

Namun, kos ini akan menjadi lebih tinggi jika anda perlu membeli tanah terlebih dahulu.

padang turf
Kredit: TikTok @zarifkira

Semoga bermanfaat.

@zarifkira

Berapa kos nak buat padang bola turf? #footballfield #turf #costbreakdown

♬ Trap, hip hop, dark beat ♪(963369) – Ninja_Muzik_Tokyo

Sumber: TikTok @zarifkira

BACA: Ini Jenis Plug & Barang Elektrik Yang Sesuai Digunakan

BACA: Ini Sebab Kenapa Sesetengah Pintu Rumah Melayu Lama Tiada Tangga

BACA: Ini 5 Pemain Bola Sepak Paling Kaya, Nombor 1 Ramai Terkejut

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.