Siakap Keli
hanaa seri shot

Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot

Athena Health Memperkenalkan Produk Minuman Kesihatan, Hanaa Seri Shot

Kuala Lumpur – Pada zaman serba moden dan pantas ini, semua wanita pasti mahukan rangkaian produk meliputi kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri yang berkesan.

Ia sekali gus dapat membantu wanita mempersiapkan diri dan senantiasa tampak sihat, anggun dan meyakinkan meskipun sibuk sepanjang hari.

Apabila berbicara tentang produk kecantikan di pasaran, pelbagai produk ditampilkan dengan masing-masing menerapkan penggunaan ramuan dan bahan tersendiri.

Sebuah syarikat tempatan, Athena Health Technologies Sdn. Bhd. (Athena Health) juga tidak ketinggalan memperkenalkan rangkaian produk kecantikan dan kesihatan khusus buat wanita berusia 18 hingga 65 tahun.

Produk minuman kesihatan, Hanaa Seri Shot yang diperkaya dengan ekstrak kunyit nano curcuminini telah melalui kajian bersama dua buah universiti tempatan iaitu Universiti Sains Malaysia di bawah Toxicology, Advanced Medical & Dental Institute yang terletak di Bertam, Pulau Pinang serta Universiti Malaya di bawah Pusat Kajian Produk Semulajadi dan Penemuan Dadah.

hanaa seri shot

Pakar Pemakanan dan Saintis Makanan, Nur Izzati Yasmin Safri, berkata Hana Seri Shot memberi tumpuan kepada kemampuan dan kebolehcapaian penjagaan kulit berkualiti tinggi.

“Tidak banyak produk berasaskan kunyit di pasaran, jadi kami lakukan kajian dan dapati kunyit merupakan tumbuhan asli yang memiliki pelbagai kebaikan kepada kesihatan.

“Kita tahu kunyit digunakan oleh nenek miyang kita dari dahulu lagi, dan pada masa kini kita transformkannya menjadi satu makanan tambahan bukan untuk wanita malah sesiapa sahaja juga boleh amalkannya” katanya.

Jelasnya, kandungan kurkumin dan Athemin bersaiz nano iaitu bahan aktif dengan sifat antioksidan dan anti-inflamasi yang tinggi memberi kesan penyerapan yang lebih pantas untuk tubuh badan iaitu 33 kali lebih cepat daripada produk biasa.

Malah, bahan mentah utama lain iaitu NMN atau Nicotinamide Mononucleotides untuk meningkatkan lagi kadar keberkesanan. NMN merupakan bahan terbaharu yang memberi fokus kepada kecantikan kulit.

Pegawai pemasaran Athena, Ummu Kalthum Abdul Hi dan Nur Najah Ahmad Tarmizi, turut menambah, produk ini baru dilancarkan penghujung tahun lepas dan mendapat respon yang baik dari pengguna yang telah menggunakannya.

“Banyak respon yang baik diterima, antaranya produk ini sangat membantu mengatasi masalah kulit kering pada wajah seawal seminggu penggunaanya.

“Hanaa Seri Shot adalah produk bernotifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan masih lagi dalam proses permohonan pensijilan halal Malaysia.

“Buat masa ini, kami belum lagi membuka apa-apa sistem ejen dan stokis, kami perlu bina asas kukuh bagi penjenamaan dan pemasaran bagi memberi awareness kepada orang ramai tentang produk ini terlebih dahulu” katanya dalam sidang media.

hanaa seri shot

Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk ini boleh dapatkan di laman web www.hanaa.com.my/.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.