Siakap Keli

Konsert Ulang Tahun Ke-30 Ella USA: Malam Legenda Rock di Resorts World Genting

Ratu Rock Malaysia, Ella, akan menggegarkan Arena of Stars pada 17 Mei 2025, dengan sebuah konsert bagi meraikan tiga dekad kejayaan album ikoniknya, Ella USA.

Dilancarkan pada tahun 1994, Ella USA merupakan pencapaian besar dalam industri muzik Malaysia, menjadikan Ella sebagai penyanyi wanita tempatan dengan album terlaris dalam sejarah muzik Malaysia. Album ini juga menampilkan kerjasama bersama pemain gitar lagenda Jepun, Kyoji Yamamoto, yang berperanan sebagai penerbit, penulis lagu, dan pemuzik. Penuh dengan lagu-lagu hit, Ella USA kekal sebagai salah satu karya utama dalam sejarah muzik tempatan.

Dengan lebih 10 album dan ribuan tiket persembahan yang laris dijual di seluruh Asia, konsert istimewa ini akan menyaksikan Ella tampil di puncak kegemilangannya, mempersembahkan lagu-lagu ikonik dari Ella USA bersama koleksi lagu hit terbaiknya. Dikenali dengan auranya yang memukau dan karisma yang menawan, konsert pertama Ella pada tahun 2025 ini dijangka menjadi acara penuh makna, menghargai sumbangan kerjayanya dan legasi yang kekal dalam industri muzik Malaysia.

Tiket untuk konsert penuh sejarah ini akan mula dijual pada 24 Januari 2025, jam 12 tengah hari. Harga tiket bermula dari RM389 (VIP), RM349 (PS1), RM269 (PS2), RM189 (PS3) dan RM99 (PS4). Ahli Genting Rewards Card (Kad Ganjaran Genting) berpeluang menikmati diskaun tetap sebanyak 10% melalui pembayaran tunai, kad kredit, atau penebusan Mata Ganjaran Genting yang hanya sah bagi pembelian tiket VIP, PS1, PS2 dan PS3 sahaja.

Dapatkan tiket anda dan maklumat lanjut di rwgenting.com.

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.