Siakap Keli
syarikat semikonduktor
Sumber : BERNAMA

Pelan Terperinci Diluluskan Bagi Membangunkan 110 Syarikat Semikonduktor Bernilai Tinggi Malaysia

Pelan Terperinci Diluluskan Bagi Membangunkan 110 Syarikat Semikonduktor Bernilai Tinggi Malaysia

Isnin, 17 Februari 2025 – Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pada 17 Februari 2025 telah meluluskan pelan terperinci di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor  Strategy – NSS) bagi membangunkan 110 syarikat tempatan di dalam aktiviti bernilai  tinggi yang meliputi reka bentuk litar bersepadu (IC design), pembungkusan maju  (advanced packaging), dan pembuatan peralatan termaju (advanced manufacturing  equipment).

Ini merangkumi 10 syarikat tempatan berkaitan semikonduktor yang  menjana pendapatan tahunan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion, selain mewujudkan  100 buah syarikat semikonduktor yang berpendapatan tahunan sekitar RM1 bilion. 

NSS yang telah diluncurkan pada Mei 2024, bertujuan untuk segera memperkukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor global sebagai langkah strategik untuk meningkatkan sumbangan sektor pembuatan kepada pertumbuhan  KDNK Malaysia. Selain itu, NSS juga bertujuan untuk meningkatkan bilangan bakat  mahir dan gaji median dalam sektor pembuatan, seiring dengan objektif Pelan Induk  Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030).  

Pelan terperinci ini juga menyasarkan anjakan strategik daripada pendekatan yang  berasaskan pembuatan kepada pendekatan yang berasaskan teknologi, penyelidikan  dan pembangunan (R&D) serta kedaulatan teknologi; yang menjurus kepada  pembangunan industri, melangkaui sektor pembuatan. 

Hasrat ini juga adalah selaras dengan visi Ekonomi MADANI untuk meningkatkan  kebolehan industri tempatan dalam meneroka pasaran global menerusi peningkatan  kapasiti pengeluaran cip bernilai tinggi yang akan terus meningkatkan kemahiran bakat  serta pendapatan pekerja tempatan. 

Bagi memastikan pelaksanaan yang tuntas dengan keberhasilan nyata, dasar ini akan  dilaksanakan dengan pendekatan seluruh-Kerajaan (whole-of-government). Sehubungan itu, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Ekonomi, Kementerian Luar Negeri,  Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Digital, Kementerian Sumber  Asli dan Kelestarian Alam serta Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kementerian lain yang berkaitan.  

Di masa yang sama, bagi memperkukuhkan kerjasama sinergistik dengan rakan kongsi  antarabangsa dan negara-negara ASEAN ke arah memastikan rantaian bekalan global  yang mampan dan berdaya tahan, MPN turut meluluskan diplomasi semikonduktor sebagai salah satu tonggak strategik NSS. Melangkah ke hadapan, MITI dan  Kementerian Luar Negeri akan menjalinkan kerjasama dan kolaborasi yang lebih erat bagi menggerakkan diplomasi semikonduktor, serta inisiatif-inisiatif strategik lain yang  berkaitan bagi memperkukuhkan industri semikonduktor negara. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.