Siakap Keli
Isteri 'hilang' maut bersama kekasih
Kredit: The Thaiger

Suami Kecewa Isteri ‘Hilang’ Ditemui Maut Bersama Kekasih Gelap

Suami Kecewa Isteri ‘Hilang’ Ditemui Maut Bersama Kekasih Gelap

Seorang lelaki berusia 23 tahun yang sebelum ini melaporkan kehilangan isterinya menemui mayat wanita itu bersama seorang lelaki lain di dalam sebuah kenderaan di Chachoengsao, Thailand, lapor The Thaiger.

Menurut laporan, sebuah SUV Isuzu MU-X berwarna putih ditemui dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan wilayah Chachoengsao pada pagi Isnin lalu.

Seorang pejalan kaki yang melalui kawasan itu mengesan lubang tembakan pada tingkap tempat duduk penumpang lalu menghubungi pihak berkuasa.

Penemuan dua mayat

Pegawai dari Balai Polis Mueang Chachoengsao yang tiba di lokasi mendapati terdapat dua mayat di dalam kenderaan tersebut.

Mangsa lelaki berusia 33 tahun ditemui di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di pelipis kanan, manakala tangannya masih memegang pistol Sig Sauer 9mm.

Sementara itu, mayat wanita berusia 26 tahun yang duduk di tempat duduk penumpang juga mengalami kecederaan tembakan di kepala.

Difahamkan, suami wanita terbabit telah melaporkan kehilangan isterinya pada 16 Februari di Balai Polis Plaeng Yao.

Menurutnya, isterinya keluar dari rumah pada pagi itu menaiki SUV dan tidak pulang semula.

Dia turut memaklumkan bahawa isterinya memakai rantai serta gelang emas, menimbulkan kebimbangan sekiranya kejadian itu berkaitan dengan rompakan.

Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa percaya lelaki terbabit telah menembak wanita itu sebelum membunuh diri.

Dipercayai mereka mungkin mengatur pertemuan untuk membincangkan hubungan mereka tetapi gagal mencapai penyelesaian.

Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar di sebalik kejadian tragis ini.

BACA: Suspek Kes Tembak Di Setia Alam Sempat Lakukan Lima Jenayah Sebelum Sembunyi Di Pulau Ketam

BACA: Doktor Temui Lima Contact Lens ‘Sembunyi’ Dalam Mata Pesakit

BACA: Pesawat Delta Air Lines Terbalik Ketika Mendarat Di Toronto, 15 Cedera

Sumber: The Thaiger

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.