Siakap Keli
asyraf khalid ptti group
Asyraf Khalid (kiri) bersama Pengurus Besar PTTI, Muhd Habibunajjar Sazali (Cikgu Habib) dan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman (Cikgu Fana).

Ahli perniagaan Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Director Of Partnership PTTI Group

Ahli perniagaan Asyraf Khalid Dilantik Sebagai Director Of Partnership PTTI Group

PTTI Group mengumumkan pelantikan ahli perniagaan Asyraf Khalid sebagai Director of Partnership, satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi merealisasikan visi PTTI dalam membantu pelajar mencapai kecemerlangan akademik.

Dengan pengalaman luas dalam dunia perniagaan dan pembangunan strategik, Asyraf Khalid dijangka memainkan peranan penting dalam memperluaskan rangkaian kerjasama PTTI, termasuk dengan sektor korporat, institusi pendidikan, serta agensi kerajaan dan swasta.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana berkata, pelantikan Asyraf Khalid adalah satu langkah strategik bagi memperkukuhkan impak PTTI dalam ekosistem pendidikan negara.

asyraf khalid ptti group

“Kami percaya dengan kepakaran dan pengalaman beliau, PTTI dapat menjalinkan lebih banyak kolaborasi yang memberi manfaat kepada pelajar, guru, dan masyarakat secara keseluruhan,” katanya.

Turut diumumkan, Dr Faizul sebagai Deputy Vice President for Strategic Communication di PTTI Group Sdn Bhd.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner yang berlangsung di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur bagi menghargai usaha serta dedikasi seluruh pasukan PTTI dalam membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik mereka.

asyraf khalid ptti group
PTTI meraikan tenaga pengajar dan kakitangan pada majlis pada Majlis PTTI Annual Gala Award Dinner.

Majlis ini bukan sekadar pengiktirafan kepada tenaga kerja PTTI, tetapi juga menjadi platform untuk mengumumkan sasaran yang lebih besar pada tahun 2025.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.