Siakap Keli
Lebuh Raya kenderaan berat
Gambar: Bernama

Kenderaan Berat Dilarang ‘Lalu’ Waktu Puncak, Ini Senarai Lebuh Raya Terlibat

Kenderaan Berat Dilarang ‘Lalu’ Waktu Puncak, Ini Senarai Lebuh Raya Terlibat

Bermula 19 Februari, hari ini, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih.

Langkah ini bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.

Menurut Ketua Pengarah LLM Datuk Sazali Harun, pelaksanaan larangan itu diwartakan oleh kerajaan pada 21 Oktober tahun lepas dan merupakan satu daripada inisiatif di bawah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR).

“Kenderaan berat yang terlibat dalam pelaksanaan larangan ini ialah kenderaan motor kelas 2, iaitu kenderaan yang mempunyai dua gandar dan enam roda (kecuali bas) serta kenderaan motor kelas 3, iaitu kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas).

“Bagaimanapun, larangan ini dikecualikan bagi kenderaan berat yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik; perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan; serta kenderaan berat yang terlibat dengan kerja penyelenggaraan lebuh raya.

Gambar: Bernama

Berikut senarai lebuh raya yang terlibat;

1. Lebuhraya Utara-Selatan (LUS)

Jajaran yang terlibat di LUS adalah Sungai Buloh – Bukit Lanjan di KM456.0-KM459.3 melibatkan kedua-dua arah.

2. Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)

Di NKVE pula, jajaran yang terlibat adalah Shah Alam – Jalan Duta di KM9.0 hingga KM31.0 melibatkan kedua-dua arah.

3. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)

Di NKVE, jajaran yang terlibat adalah Shah Alam – Bandar Saujana Putra di KM1.03 hingga KM16.2 melibatkan kedua-dua arah.

4. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)

Sementara itu, di Lebuhraya DUKE membabitkan keseluruhan lebuh raya itu.

Hari & Waktu Pelaksanaan

Larangan pergerakan kenderaan berat ini berkuat kuasa pada hari Isnin hingga Jumaat (kecuali hari kelepasan am) bermula jam 6.30 hingga 9.30 pagi (sebelah pagi), dan dari jam 4.30 petang hingga 7.30 malam (sebelah petang).

Penetapan hari dan waktu ini diguna pakai terhadap semua lebuh raya yang terlibat dalam larangan ini.

Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia

BACA: Ketahui Syarat Kelayakan MySalam 2025

BACA: Berkuat Kuasa 31 Mac Ini, Aplikasi MAE Hanya Sokong iOS 14 Hingga Terkini

BACA: Patut Atlet Terkaya Di Dunia, Ini Perniagaan Dilakukan Cristiano Ronaldo

 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.