Siakap Keli
ejaan bahasa
Gambar: Akademik UPM

Selalu ‘Buat’ Rupanya Salah, Ini Senarai Perkataan Dengan Ejaan Yang Betul

Selalu ‘Buat’ Rupanya Salah, Ini Senarai Perkataan Dengan Ejaan Yang Betul

Seperti umum ketahui, Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia dan termaktub dalam perlembagaan.

Bahkan sejak dahulu lagi, Bahasa Malaysia mempunyai keunikan dan lenggoknya yang tersendiri sejak dahulu lagi.

Buktinya, Bahasa Melayu kuno digunakan secara meluas di seantero Asia Tenggara, hingga menjadi bahasa perantaraan (lingua franca).

Lazimnya, bahasa ini digunakan dalam pelbagai akiviti seperti memudahkan urusan perdagangan, hubungan diplomatik, serta penyebaran agama Islam.

Seiring peredaran masa, Bahasa Melayu berasimilasi dengan pengaruh bahasa lain seperti Bahasa Sanskrit, Arab, Portugis dan Belanda.

Disebabkan itu, wujudnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berperanan sebagai badan pengelola bahasa kebangsaan ini dalam menyeragamkan atau menetapkan sesuatu perkataan.

Bagaimanapun, kadangkala segelintir orang ramai masih lagi menggunakan atau menulis perkataan yang disangka betul tetapi salah.

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan beberapa perkataan yang disangka betul, tetapi salah berdasarkan kiriman Facebook rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ejaan Yang Betul

1. Kata Majmuk

ejaan betul
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

2. Kata Serapan Daripada Bahasa Inggeris

ejaan bahasa
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka
ejaan bahasa
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

3. Kata Biasa

ejaan bahasa
Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka

Terdahulu, terdapat 12 perkataan baharu yang telah dimasukkan pada kamus dalam talian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berikut adalah 12 perkataan baharu yang dimasukkan dalam Kamus Online DBP:

  • Ketimbang – kata sendi nama menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.
  • Tatanan – peraturan atau sistem yang ditetapkan atau yang dipersetujui bersama-sama
  • Intiha – akhir, penghabisan atau penutup
  • Mahsul – hasil mahsul; berbagai-bagai hasil dalam sesebuah negeri
  • Purbasangka – arkaik prasangka (perkataan Melayu klasik)
  • Taakul – hal membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik
  • Kesenjangan – keadaan senjang, ketidakseimbangan, kelainan, perbezaan
  • Tiwikrama – perubahan besar dengan usaha yang bersungguh-sungguh, pengubahan diri watak yang bertukar menjadi raksasa dan sebagainya dalam cerita wayang kulit
  • Walhasil – hasilnya atau akibat daripada sesuatu peristiwa, perbuatan, keadaan dan sebagainya
  • Maha Kaya – (tentang ALLAH SWT) sangat atau teramat hebat (tentang seseorang) besar atau tinggi kedudukannya
  • Kebinekaan – keadaan pelbagai jenis atau aneka ragam di sesuatu tempat, negara dan sebagainya
  • Tatakelola – pentadbiran organisasi mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan; menitikberatkan sifat dan sikap positif pemimpin, pengalaman, kemahiran dan pengetahuan; ideologi dan fikiran yang prolifik untuk menjana perubahan

Sumber: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka

BACA: Ini Kos & Anggaran Bina Padang Turf

BACA: Ini Sebab Kenapa Hanya Negeri Melaka Yang Cuti Pada 20 Februari

BACA: Rupanya Ini Asal Usul Nama Wau

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.