Siakap Keli
Lelaki Ditemui Lemas kolam
Gambar: Bernama

Dilaporkan Hilang, Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dalam Kolam Golf

Dilaporkan Hilang, Lelaki Ditemui Lemas Dalam Kolam Golf

KUBANG PASU — Kehilangan seorang lelaki di hutan terungkai selepas jasadnya ditemukan lemas di dalam sebuah kolam di sebuah kelab golf semalam, lapor Astro AWANI.

Penemuan mayat lelaki itu disahkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani.

Katanya, mangsa merupakan lelaki tempatan, 47, ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100 meter (m) dari lokasi motosikal mangsa diparkir pada jam 6.39 petang.

“Sebaik pusat gerakan bomba menerima laporan pada jam 10.58 pagi, anggota dihantar ke lokasi mangsa dilaporkan hilang bagi melakukan pencarian.

“Operasi seramai 36 orang turut membabitkan polis dan Angkatan Pertahanan Awam selain dibantu penduduk kampung.

“Operasi pencarian dibahagi kepada empat pasukan, gabungan agensi dan penduduk kampung, dengan radius operasi dalam lingkungan 100m ke 200m dari lokasi motosikal mangsa ditemui,” maklumnya sewaktu dihubungi.

Susulan itu, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu ACP Mohd Redzuan Salleh turut mengesahkan kejadian dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Astro AWANI

BACA: K9 Tidak Dapat Petunjuk Kehilangan Sebelum Jasad Zayn Rayyan Ditemukan

BACA: Rakyat Malaysia ‘Bersatu’ Bantu Gadis Istimewa Pulang Dengan Selamat

BACA: Lelaki Perlu Implan Tempurung Kepala Terima Sumbangan Perdana Menteri

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.