Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Gadis istimewa pulang dengan selamat
Kredit: Facebook Jade Lim

Rakyat Malaysia ‘Bersatu’ Bantu Gadis Istimewa Pulang Dengan Selamat

Siti Nur Ain Natasya

Rakyat Malaysia ‘Bersatu’ Bantu Gadis Istimewa Pulang Dengan Selamat

“Berbeza, tetapi mampu hidup aman dan damai di bawah satu bumbung” sangat sinonim dengan “rakyat Malaysia”.

Orang selalu kata, perbezaan kita yang ‘berwarna-warni’ itulah keistimewaan sebenar tanah air kita, menjadikan negara kita istimewa di mata dunia.

Lebih menarik lagi, bukan sahaja keindahan tempat-tempat pelancongan yang menjadi tarikan, tetapi juga sikap rakyat Malaysia sendiri.

Kita terkenal dengan kelembutan tutur kata, senyuman yang tidak pernah lekang di bibir, dan kesediaan membantu tanpa mengira bangsa atau agama.

Maka, tidak hairanlah ramai pelancong yang berkunjung ke Malaysia meninggalkan komen positif tentang pengalaman mereka di bumi bertuah ini.

Gadis istimewa ‘hilang’, ramai pakat bantu pencarian

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai kisah cemas yang berlaku pada malam Tahun Baru Cina di Sri Petaling, dikongsikan menerusi Facebook Jade Lim.

Kejadian tersebut melibatkan seorang gadis istimewa dikenali Angel Baby yang menghidap sindrom Down dan dilaporkan hilang.

Di lokasi kejadian, kebanyakan kedai sudah tutup, menyebabkan ahli keluarga hanya berpeluang bertanya kepada beberapa peniaga yang masih beroperasi.

Keadaan menjadi lebih membimbangkan kerana Angel Baby dipercayai sangat takut dengan bunyi mercun dan cenderung melarikan diri jika mendengarnya.

Ini memberi petunjuk bahawa gadis tersebut mungkin telah berjalan jauh meninggalkan kawasan Sri Petaling yang riuh dengan bunyi mercun.

Bagi mempercepatkan pencarian, mereka mengambil inisiatif menyewa skuter dan tidak lama kemudian, lebih ramai individu mula turut serta membantu mencari Angel Baby.

Tidak ketinggalan, pemandu Grab dan penghantar makanan FoodPanda juga memainkan peranan dengan menyebarkan maklumat kehilangan tersebut dalam rangkaian mereka.

Keadaan semakin serius apabila pihak polis turut dimaklumkan dan segera bertindak.

Dalam perkembangan seterusnya, ibu saudara Angel Baby menerima mesej WhatsApp daripada seorang individu yang tidak dikenalinya.

Rupa-rupanya, individu tersebut adalah pemandu GrabFood yang telah menemui Angel Baby bersendirian di Bukit Jalil.

Mungkin kerana terlalu takut dengan bunyi mercun, gadis istimewa itu terus berjalan tanpa arah sehingga dalam masa dua jam, dia sudah berada di Bukit Jalil.

Abang GrabFood guna ‘duit yang ada’, hutang RM7 demi bantu Angel Baby

Difahamkan, pemandu GrabFood berkenaan hanya menerima satu pesanan pada hari kejadian dan hanya mempunyai wang sebanyak RM30.

Ketika kejadian, dia menemui Angel Baby yang sedang menangis mencari ibunya, dan tanpa berlengah memeriksa beg gadis itu sebelum menemui alamat rumahnya.

Demi memastikan Angel Baby pulang dengan selamat, pemandu GrabFood itu segera mengatur perjalanan pulang menggunakan GrabCar.

Dia membayar tambang sebanyak RM37, walaupun baki wangnya tidak mencukupi. Bagi melengkapkan bayaran, dia meminjam RM7 daripada orang lain di situ.

Usaha mencari Angel Baby membuktikan bahawa semangat perpaduan masih utuh dalam kalangan masyarakat kita.

Ketika ada yang berada dalam kesusahan, ramai yang sedia menghulurkan bantuan tanpa mengira masa dan latar belakang.

Semoga kita terus melihat sisi baik daripada “kepelbagaian” ini, dan terus hidup sejahtera sebagai keluarga Malaysia.

BACA: 14 Tahun Join Puasa Waktu Ramadan, Soo Wincci Kongsi Tip Buat Non-Muslim

BACA: “Meremang…” – Lelaki Kongsi Video Hiking, Terakam Suara ‘Nenek’

BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur

Sumber: Jade Lim via Facebook