“Meremang…” – Lelaki Kongsi Video Hiking, Terakam Suara ‘Nenek’
Hiking ni memang aktiviti yang bagus untuk kesihatan, tak kira muda atau pun yang dah berumur.
Siapa je yang tak suka boleh tenangkan fikiran sambil menjaga tubuh badan, kan?
Biasanya, aktiviti hiking ni dibuat beramai-ramai, selain dapat beri semangat antara satu sama lain, ia juga lebih selamat bila ramai-ramai.
Ada juga yang lebih suka hiking sendirian, mungkin sebab nak rasa lebih tenang tanpa gangguan.
Tapi, bila hiking seorang diri, kita kena lebih berhati-hati. Ingat, kita bukan seorang sahaja di dalam hutan tu.
Selain dari haiwan liar yang perlu diawasi, ada juga makhluk-makhluk yang tak nampak oleh mata kasar.
“Terakam suara nenek”
Baru-baru ni, satu perkongsian di TikTok oleh seorang lelaki, @nazihsopian, membuatkan ramai yang seram sejuk.
Dalam video tu, lelaki ni cerita yang dia tengah hiking seorang diri. Kumpulan hiking yang datang bersamanya jauh di hadapan.
Tiba-tiba, dia mula rasa telinga panas dan terdengar suara-suara yang agak pelik.
“Hey tengok ni cu,” ujar satu suara di minit 00:09, yang kedengaraan seakan-akan suara seorang ‘nenek’.
Lebih menyeramkan, dia turut mendengar beberapa suara lain yang sedang bergelak ketawa, malah ada yang menyapanya beberapa kali.
Lelaki itu tidak menghiraukannya, namun kemudian satu suara berkata, “Bosan”.
Walaupun lokasi sebenar kejadian ini dirahsiakan, gunung itu dipercayai mempunyai banyak perkampungan bunian.
@nazihsopian Terecord suara nenek. Dikatakan gunung ni banyak perkampungan bunian. Masa ni kumpulan hiking berada jauh. Biasala dah sorang mesti kita nyanyi/baca apa yg kita tahu. Waktu tengahari lagi, Tempat rahsia. hiking nature
Rata-rata netizen yang menonton perkongsian itu mengaku merasa ‘seram’. Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri dengan bunian selepas menonton video tersebut.
“Apa yang dia dengar tu memang seram, tambah pulak suara gelak yang bersahut-sahut. Macam ramai je yang ada kat situ,”
“Suara tu macam panggil cucu-cucu perempuan dia suruh tengok abang ni,
“Suara tu memang tak seram sangat, bunyi macam orang sembang. Tapi bila fikirkan situasi dan tempat tu, memang pelik. Dari mana datangnya suara tu?”
“Bayangkan kiri kanan dia penuh dengan orang yang tengah tengok dia sambil panggil-panggil, mungkin dia tengah lalu di kawasan kampung mereka,”
“Dulu pernah hiking sorang waktu tak berapa nak sihat. Lepas tu, kaki bengkak dua bulan sebab tersenggol nenek alam sebelah,”
“Memang pernah kena juga, waktu hiking tiba-tiba dengar bisikan ‘terjun lah’, bulu roma terus meremang,”
Apakah itu bunian? Ini penjelasan Mufti WP
Bunian adalah merujuk kepada makhluk halus atau orang halus yang tinggal di hutan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.
Masyarakat Melayu menganggap bunian adalah antara makhluk ghaib yang menjadi penyebab kepada histeria (penyakit urat saraf yang terlihat pada letusan-letusan emosi yang tidak dapat dikawal) atau dikenali dalam kebudayaan Melayu sebagai ‘dirasuk hantu’.
Menurut pandangan pakar perubatan Islam terkemuka, almarhum Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, orang bunian adalah wujud dan tergolong dalam kelompok makhluk halus.
Makhluk halus seperti ini suka tinggal bersama manusia dalam rumah manusia, malah mereka suka mencari tempat yang tidak berjauhan dari perkampungan manusia dan mewujudkan perkampungan mereka sendiri disamping hidup berkeluarga dan bermasyarakat.
Secara khususnya, kami berpandangan bahawa ianya adalah daripada kelompok jin yang dikenali dengan nama ‘Amir (عَامِرٌ) yang tinggal bersama-sama dengan manusia.[1] Ini kerana ianya bersamaan dengan kebiasaan kelompok bunian yang tinggal berdekatan dengan penempatan manusia dan mempunyai penempatan tersendiri.
Ini disokong oleh sebuah hadith Nabi SAW:
الجِنُّ على ثَلَاثَةِ أَصْنَافٍ صِنْفٌ لَهُمْ أَجْنِحَةٌ يَطِيرُونَ في الهَوَاءِ وَصِنْفٌ حَيَّاتٌ وَكِلَابٌ وَصِنْفٌ يَحِلُّوْنَ وَيَظْعَنُوْنَ
Maksudnya: “Jin itu ada tiga golongan. Satu golongan yang mempunyai kepak yang terbang ke sana ke mari (di udara), satu golongan pula berbentuk ular dan anjing, manakala golongan yang ketiga ada yang tinggal setempat dan ada yang berpindah randah.”
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, no. 573; al-Hakim dalam al-Mustadrak no. 3702)
BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur
BACA: Jepun Benarkan Saintis Lakukan Kajian Kacukan Manusia-Haiwan
BACA: ‘Unik’, Beauty Standard Wanita Mauritania Curi Tumpuan
Sumber: Nazih via TikTok, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan