Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Makanan Popular Malaysia
Kredit: @thezandstras

Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'

Athirah

Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'

Malaysia sememangnya menjadi destinasi pilihan ramai pelancong asing yang gemar menjelajah dan menikmati keindahan budaya yang pelbagai.

Selain itu, negara ini sering digelar sebagai “syurga makanan” kerana kepelbagaian hidangan yang lahir daripada pertembungan budaya Melayu, Cina, India dan etnik-etnik lain.

Dari nasi lemak yang harum santannya, roti canai yang lembut dimakan bersama kuah kari, hingga char kuey teow yang penuh aroma menjadikan setiap hidangan mencerminkan identiti unik negara ini.

Tidak hairanlah, ramai yang jatuh cinta dengan keunikan Malaysia dan memilih untuk kembali berkunjung berkali-kali.

Ajar tentang Malaysia, perkenalkan nasi lemak kepada anak-anak

Baru-baru ini, pasangan pencipta kandungan suami isteri dari Amerika Syarikat (AS) telah mencuri perhatian apabila memperkenalkan nasi lemak kepada anak-anak mereka.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @thezandstras di TikTok, mereka turut menyediakan ‘minuman kebangsaan’ iaitu teh tarik sebagai pelengkap kepada hidangan ikonik rakyat Malaysia tersebut.

Difahamkan, pasangan ini sedang menjalankan satu siri sarapan pagi dari pelbagai negara.

Konsepnya mudah, setiap minggu anak-anak mereka akan memutarkan glob dunia dan memilih sebuah negara secara rawak.

“Setiap minggu, anak-anak akan pusing glob dan pilih negara secara rawak, kemudian kami akan sediakan sarapan dari negara itu,” jelas mereka.

Lebih menarik, lagu kebangsaan ‘Negaraku’ turut dimainkan sebagai muzik latar, sekali gus menambahkan lagi suasana penuh rasa hormat dan penghargaan terhadap negara yang dipilih.

Pasangan ini kongsi tentang Malaysia

Selain menghidangkan sarapan kebangsaan Malaysia, @thezandstras turut berkongsi sedikit info tentang negara itu kepada anak-anaknya.

“Malaysia adalah negara di Asia. Di Malaysia, mereka bercakap Bahasa Melayu,” jelasnya.

Yang menarik, anak lelaki mereka boleh pula menyebut ‘Selamat Pagi’ dan ‘Selamat Malam’ dengan lancar.

@thezandstras turut menerangkan bahawa Malaysia kaya dengan hutan hujan tropika, termasuk Taman Negara, yang sebahagiannya berusia lebih 100 juta tahun.

Bapa masak sendiri nasi lemak, siap ada teh tarik 'gebu'

Untuk siri kali ini, pasangan ini memilih nasi lemak lengkap dengan teh tarik sebagai sarapan pagi mewakili Malaysia.

Yang menarik, semua itu dimasak sendiri oleh lelaki tersebut buat pertama kali.

Apabila menghidangkan teh tarik, dia betul-betul ‘menarik’ teh sampai tinggi untuk dapatkan buih yang ringan dan gebu.

Nasi lemak pula lengkap dengan telur rebus, timun, kacang goreng dan sambal ikan bilis, sama seperti yang biasa dihidangkan di Malaysia.

Untuk beri kelainan daripada nasi lemak biasa di Malaysia, mereka juga hidangkan bersama ikan kecil goreng, bawang goreng dan flos ayam.