Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Kadang-kadang, kita rasa ada sesuatu yang kurang walaupun baru sahaja makan.
Tekak tiba-tiba terasa ingin sesuatu yang manis, dan hati pula menginginkan nikmat kudapan yang boleh memuaskan selera.
Rasa craving ini bukan sahaja tentang gula, tetapi juga tentang kepuasan kecil yang boleh menaikkan mood selepas hari yang panjang.
Dalam keadaan sebegini, ramai yang mencari kudapan yang mudah diperoleh atau disediakan di rumah.
Justeru, kali ini SK akan kongsikan resipi "chocolate beignets dough" daripada @Khairul Aming di TikTok.
Untuk menyediakan resipi ini, @Khairul Aming menyediakan tiga per empat cawan air suam dan sepaket yis sebagai bahan pengembang doh.
Sediakan juga setengah cawan susu sejat, satu per tiga cawan gula, serta tiga sudu mentega yang telah dicairkan.
Selain itu, satu sudu kecil esen vanila dan satu biji telur, kemudian satu setengah sudu kecil garam.
Seterusnya, sediakan empat cawan tepung gandum sebagai bahan utama doh.
Bagi inti, sediakan pilihan filling seperti perisa coklat, kaya atau karamel mengikut citarasa.
Akhir sekali, sediakan gula kastor atau serbuk gula untuk taburan sebelum dihidangkan.
Mula-mula, @Khairul Aming masukkan tiga perempat cawan air suam ke dalam sebuah bekas.
Kemudian, tambahkan sepaket yis dan kacau perlahan-lahan, biarkan selama kira-kira lima minit sehingga yis mula berbuih.
Seterusnya, masukkan setengah cawan susu sejat, diikuti dengan satu pertiga cawan gula dan tiga sudu mentega yang telah dicairkan.

Tambahkan pula satu sudu kecil esen vanila dan satu biji telur. Akhir sekali, masukkan setengah sudu kecil garam dan kacau semua bahan sehingga sebati.
Kemudian, masukkan empat cawan tepung gandum ke dalam adunan. Pastikan anda menggunakan tepung gandum dan uli adunan sehingga tidak melekat pada mangkuk.
Setelah itu, tutup mangkuk dengan plastik pembungkus dan biarkan selama sejam supaya doh kembang.
Difahamkan, jika doh tidak kembang, kemungkinan yis telah tamat tempoh.
Selepas doh kembang, @Khairul Aming melenyekkan adunan di atas papan pemotong yang telah ditaburkan sedikit tepung supaya tidak melekat.
Lenyekkan doh sehingga nipis, kemudian potong menjadi petak kecil bersaiz kira-kira 4x4 cm.
Bahagian tepi yang tidak sempurna boleh digulung semula dan digunakan semula.

Difahamkan, potongan nipis ini penting kerana doh akan menggelembung ketika digoreng.
Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng petak-petak doh sehingga kekuningan dan menggelembung.
Selepas digoreng, masukkan filling pilihan untuk inti seperti hazelnut coklat, kaya atau karamel.
Akhir sekali, taburkan serbuk gula di atas chocolate beignets dough sebelum dihidangkan.