Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Tip puasa Soo Wincci
Kredit: TikTok @ceddyornot

14 Tahun Join Puasa Waktu Ramadan, Soo Wincci Kongsi Tip Buat Non-Muslim

Siti Nur Ain Natasya

14 Tahun Join Puasa Waktu Ramadan, Soo Wincci Kongsi Tip Buat Non-Muslim

Memandangkan tidak lama lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan Ramadan, ramai yang sudah mula membuat persediaan untuk menjalani ibadah puasa.

Namun, menariknya di Malaysia, bulan penuh keberkatan ini bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, malah masyarakat bukan Islam juga turut teruja untuk turut serta berpuasa.

Di Malaysia, kita sering melihat masyarakat berbilang kaum dan agama saling menghormati dan menyertai amalan puasa pada bulan Ramadan.

Bukan sahaja sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan Muslim, malah berpuasa juga mempunyai banyak manfaat, sama ada dari sudut kesihatan fizikal, mental, mahupun rohani.

Puasa sebagai satu bentuk intermittent fasting

Antara yang tidak asing lagi dengan amalan berpuasa ini ialah Dr. Soo Wincci, seorang doktor yang juga merupakan selebriti tanah air yang telah berpuasa selama hampir 14 tahun.

Dalam satu perkongsian menarik bersama pempengaruh Ceddy Ang di akaun TikTok @ceddyornot, Dr. Soo berkongsi pengalaman dan tip berpuasa khusus untuk masyarakat bukan Islam.

Tip berpuasa daripada Dr. Soo Wincci

Menurut Dr. Soo, antara kunci utama untuk kekal bertenaga sepanjang hari adalah dengan mengambil sahur yang seimbang dan tidak terlalu berat.

Ramai yang mungkin beranggapan makan banyak pada waktu sahur akan membuatkan kita kurang lapar, namun sebenarnya, ia boleh menyebabkan kita cepat letih terutama menjelang petang.

Sebagai alternatif, Dr. Soo mencadangkan beberapa menu sahur yang ringkas, berkhasiat dan mudah disediakan, antaranya:

1. Energy Balls

Hanya menggunakan bahan seperti kurma, kacang pilihan, bijan dan mentega kacang, energy balls ini bukan sahaja mudah disediakan malah boleh disimpan lama dalam peti sejuk.

Ia juga membekalkan tenaga yang cukup dan baik untuk kesihatan rambut serta kulit.

2. Minuman Kurma

Minuman ini dihasilkan dengan mencampurkan bahan-bahan seperti kurma merah, kulat putih (white fungus), kacang soya, pandan dan kelopak bunga ros.

Menurut Dr. Soo, minuman ini bukan sahaja sedap, tetapi juga bertindak sebagai detoks, baik untuk kulit dan membantu melancarkan peredaran darah.

3. Onigiri

Bagi mereka yang sibuk atau perlu berbuka dalam perjalanan, onigiri merupakan pilihan yang tepat.

Mudah disediakan dan senang dibawa ke mana-mana, onigiri boleh menjadi alternatif kepada makanan berat tetapi tetap mengenyangkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menantikan resipi sahur dan berbuka yang ringkas tapi berkhasiat daripada Dr. Soo.

Tidak kurang juga ramai rakan-rakan bukan Islam yang kelihatan teruja untuk mula berpuasa tahun ini.

Apa-apa pun, bagi yang baru ingin mencuba berpuasa, Dr. Soo menasihatkan agar tidak terburu-buru.

Mulakan dengan langkah kecil dan biasakan tubuh dengan perubahan pola makan.

Sekiranya badan tidak bersedia, ia boleh menyebabkan rasa lemah atau pitam.

Selamat mencuba dan selamat berpuasa buat semua.

BACA: “Meremang…” – Lelaki Kongsi Video Hiking, Terakam Suara ‘Nenek’

BACA: Wanita Kongsi Versi “Bekal Suami VS Bekal Isteri” Buat Ramai Terhibur

BACA: Jepun Benarkan Saintis Lakukan Kajian Kacukan Manusia-Haiwan

Sumber: Ceddy Ang via TikTok