Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Utara Sumatera Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi

Azizah Najib
gempa utara sumatera
Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia

Utara Sumatera Digegar Gempa Bumi Pagi Tadi

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gegaran gempa bumi sederhana berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pagi tadi.

Menerusi laporan yang dimuat naik di laman X tersebut, gegaran yang dikesan pada jam 11.15 pagi itu bermagnitud 5.1 skala Richter, direkodkan pada koordinat 5.1° Utara dan 95.2° Timur.

Gempa dengan kedalaman 70 kilometer itu berpusat di 42 kilometer Selatan dari Banda Acheh.

Menurut MetMalaysia, tiada amaran tsunami kepada Malaysia akibat kejadian itu.

BACA: MBPP Arah Medan Selera Di Pulau Tikus Ditutup 14 Hari

BACA: JIM Buka Kertas Siasatan Integriti Terhadap Seorang Pegawai Imigresen

BACA: K9 Tidak Dapat Petunjuk Kehilangan Sebelum Jasad Zayn Rayyan Ditemukan

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)