Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
perkataan melayu klasik
Kredit: Bernama

Ini 10 Perkataan Melayu Klasik Yang Sudah Jarang Digunakan

Azizah Najib

Ini 10 Perkataan Melayu Klasik Yang Sudah Jarang Digunakan

Bahasa Melayu merupakan antara bahasa yang indah serta mudah dipelajari oleh sesiapa sahaja. Tidak hanya mudah disebut dan sedap didengar sebutannya, malah satu-satu perkataan itu boleh melambangkan pelbagai maksud mengikut konteks perbualan.

Boleh dikatakan Bahasa Melayu sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman. Kewujudan teknologi dan aktiviti baru manusia mendesak penutur secara tidak langsung menghasilkan satu-satu istilah atau perkataan baharu. Namun, dalam mengejar perkembangan, sedar atau tidak, penggunaan Bahasa Melayu klasik pula semakin dilupakan.

Tidak perlu pergi jauh, jika anda perasan, laras bahasa yang digunakan oleh generasi remaja kini juga sudah jauh berbeza berbanding generasi datuk dan nenek kita. Begitu juga sebaliknya. Boleh dikatakan kadang-kala, kedua generasi perlu menerangkan maksud atau contoh penggunaan sesuatu perkataan itu.

Pernahkah anda terfikir, apakah nama atau panggilan bagi sesuatu perkara, benda, peristiwa atau apa sahaja pada zaman dahulu? Pernahkah anda tahu, terdapat perkataan yang dahulunya membawa maksud lain tetapi kini perkataan tersebut tidak langsung membawa makna yang sama atau juga perkataan yang membuat kita keliru akan sebutannya seperti perkataan ‘batuk’ dalam peribahasa melepaskan batuk di tangga.

Kali ini, SK ingin kongsikan kepada anda 10 perkataan Melayu klasik yang sudah jarang digunakan zaman sekarang. Perkataan-perkataan ini ada tersimpan dalam simpanan kosa kata Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kita. Selain menyenaraikan istilah klasik, DBP turut memberikan makna dan contoh penggunaan istilah tersebut dalam beberapa muat naik di laman Facebook.

“Sastera Melayu klasik merupakan suara bangsa Melayu pada zaman dahulu. Karya sastera juga adalah citra kebestarian dan genius Melayu. Nikmatilah istilah sastera klasik yang masih relevan penggunaannya sehingga kini,” ujar institusi berkenaan.

Mari kita ikuti senarai 10 perkataan klasik perkongsian DBP di bawah.

Cepiau

Jika kini kita gunakan beberapa perkataan berbeza bagi beberapa aksesori pakaian yang diletakkan di kepala, namun suatu ketika dahulu, perkataan ‘cepiau‘ diguna pakai bagi aksesori kepala seperti tudung dan topi.

“Maka Hollanda itu sekaliannya pun mengangkat cepiaunya,” maklum DBP yang mengambil perkataan ini daripada petikan Misa Melayu, halaman 76.

Carang

Perkataan ini mungkin kedengaran seperti kesilapan ejaan atau sebutan tetapi percayalah, ia pernah digunakan bagi membawa maksud cabang atau ranting pokok. Perkataan carang boleh dilihat penggunaannya menerusi sebuah pantun dalam petikan sumber Pantun Melayu (Balai Pustaka), halaman 168.

Segara

Jangan tersilap baca, perkataan klasik ini ialah ‘segara’ dan bukannya ‘segera’. Perkataan segara membawa maksud lautan. Dalam sastera Melayu, penggunaan segara boleh didapati pada Syair Siti Zubaidah Perang Cina di halaman 14.

Bokor

Perkataan ini mungkin sudah jarang diguna pakai disebabkan tiada lagi generasi kita yang memakan sirih. Perkataan bokor diguna pakai bagi menamakan bekas seakan-akan pinggan tetapi lebih dalam dan mungkum sifatnya.

Bagi menunjukkan contoh penggunaan, DBP memetik sepotong ayat daripada Hikayat Caya Langkara di halaman 24.

“Maka bonda Caya Langkara pun keluarlah membawa sirih di dalam bokor emas,” catat hikayat tersebut.

Pentan

Khas buat para penulis, jika anda sudah bosan menggunakan perkataan ‘tentu’, ‘pasti’ dan ‘sah’ dalam penulisan, anda boleh mencuba satu kelainan dengan menggunakan perkataan ‘pentan‘. Ini kerana pentan membawa maksud yang sama dengan ketiga-tiga perkataan tersebut.

Untuk melihat contoh penggunaan pentan dalam ayat, DBP memetik serangkap pantun daripada Hikayat Awang Sulung Merah Muda pada halaman 122.

Pancawarna

Seingat SK, perkataan ini masih terdengar ketika 1990-an, tetapi tidak begitu meluas. Perkataan pancawarna membawa maksud lima warna atau bermacam-macam warna. Perkataan ini boleh dilihat contoh penggunaannya pada Hikayat Si Miskin di halaman 68. Ayat tersebut berbunyi, “Dikarang dengan intan dan di kemuncaknya gemala dipagar dengan permata pancawarna, maka gemerlapanlah rupanya mungkur kaca dua itu”.

Kesumba murup

Menyentuh tentang warna, anda boleh juga memberikan kelainan pada penulisan anda dengan menggunakan frasa kesumba murup. Frasa ini pernah digunakan dalam Misa Melayu di halaman 143 yang membawa maksud merah menyala.

Contoh ayat klasik yang menggunakan frasa ini berbunyi, “Maka diberi memakai persalinan daripada bonda baginda itu dengan pakaian serba kesumba murup“.

Sali

Dengar seperti panggilan nama namun ketahuilah perkataan ini ada maksud dan penggunaannya. Perkataan sali membawa maksud kuat, kukuh dan teguh. Contoh penggunaan sali boleh dilihat pada serangkap Syair Seratus Siti di halaman 27.

Setelah genap tujuh kali,

Ke dalam kota lantang sekali,

Naik ke balai sultan yang sali,

Tampil menengahkan iman khali.

Nyedar

Bunyi macam penggunaan dialek sesetengah tempat, kan? Sebenarnya, perkataan ini bukan dialek mahupun loghat, ia merupakan perkataan Melayu klasik yang membawa maksud nyenyak atau lena. Dalam Hikayat Bakhtiar, perkataan nyedar digunakan di halaman 186 seperti contoh ini.

Maka ia pun tidurlah terlalu nyedar, makan dibangkitlah Raja Yaman dengan perlahan-lahan.

Balut

Akhir sekali, SK ingin ketengahkan satu perkataan yang menarik. Balut. Hari ini, kita tahu ‘balut’ merupakan satu perbuatan membungkus. Tahukah anda? Perkataan balut suatu ketika dahulu membawa maksud yang sangat berbeza, iaitu bengkak, sembab kerana menangis. Perkataan ini boleh dilihat penggunaannya dalam Syair Madhi di halaman 15.

Sungguhpun ia berkusut-kusut,

Cantiknya manis lemah lembut,

Bekas menangis matanya balut,

Kulitnya halus seperti umbut.

Diharapkan dengan perkongsian kali ini, anda dapat menambah kosa kata dan menaikkan kembali penggunaan perkataan-perkataan Melayu klasik.

BACA: Kisah Legenda Di Sebalik Sambutan Chap Goh Mei

Sumber: Dewan Bahasa Dan Pustaka