Siakap Keli
kilang karpet nilai 3
Kredit: Mirul_Amirul

Kilang Karpet Di Nilai 3 Terbakar

Kilang Karpet Di Nilai 3 Terbakar

SEREMBAN, 21 Feb (Bernama) — Sebuah kilang karpet di Nilai 3 di sini musnah seratus peratus dalam kebakaran pagi tadi.

Komander Operasi Kanan JBPM Negeri Sembilan PgKB II Khir Amir Ahmad berkata pihaknya ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 7.49 pagi.

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat. Bahan yang terbakar adalah karpet jadi ambil sedikit masa untuk memadamkan api selain asap tebal dan angin kuat.

“Ketika ini kami sedang kawal api daripada mereka dan kerja pemadaman masih dijalankan. Kebakaran melibatkan kawasan seluas 27.8 x 46.4 meter persegi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan melibatkan seorang pegawai kanan dan 28 anggota termasuk beberapa jentera.

BACA: Kanak-Kanak Tercekik Gula-Gula “Gummy” Meninggal Dunia

Sumber: Bernama

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.