Siakap Keli
Lagu Raya 'Havoc' Nyanyian Dua Personaliti TV Popular Bakal Meriahkan Syawal Edaran Sony Music Malaysia
Gambar Hiasan

Lagu Raya ‘Havoc’ Nyanyian Dua Personaliti TV Popular Bakal Meriahkan Syawal Edaran Sony Music Malaysia

Lagu Raya ‘Havoc’ Nyanyian Dua Personaliti TV Popular Bakal Meriahkan Syawal Edaran Sony Music Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Februari 2025 – Musim perayaan kali ini bakal dimeriahkan lagi dengan kemunculan single Raya paling ‘havoc’ tahun ini, “Balik Kampung…Gosip Raya”!. Menyatukan dua nama besar industri hiburan Malaysia, Ain Edruce dan Sherry Alhadad, lagu ini bukan sekadar lagu Raya yang ‘biasa-biasa’, tetapi penuh dengan kisah realiti yang pasti mencuit hati. Ia adalah sebahagian daripada kisah lucu yang boleh dikaitkan, dan penuh drama tentang salah satu tradisi Raya yang paling dikenali dan menyeronokkan—berkongsi cerita dan berbalas gurauan perayaan.

Diterbitkan oleh label muzik terkenal, Sony Music Entertainment Malaysia, dengan kerjasama AEON untuk muzik video Balik Kampung…Gosip Raya yang bakal dipertontonkan nanti, bertemakan “Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini”. Kerjasama ini menonjolkan komitmen AEON dalam meraikan tradisi Raya yang abadi melalui keindahan fesyen Raya. Dari baju kurung elegan dan kebaya berwarna-warni hingga kaftan kontemporari dan siluet moden, koleksi Raya AEON menggambarkan semangat nostalgia yang dipadukan dengan keceriaan perayaan.

Dilancarkan sebelum Ramadan, lagu ini memberi semua pendengar masa yang cukup untuk menghafal lirik dan bersedia untuk sesi karaoke paling epik dalam perjalanan pulang ke kampung.

Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, berkata: “Di AEON, kami memilih untuk bekerjasama dengan Sony Music Malaysia kerana keupayaan mereka menggabungkan budaya dengan muzik kontemporari secara kreatif. Keunikan Sony dalam menghasilkan muzik yang merentasi generasi selari dengan tema Raya AEON tahun ini: ‘Seloka Raya – Dari Dulu Hingga Kini.’ Istilah ‘Seloka’ melambangkan penceritaan yang santai dan bersahaja—pertukaran kata yang bijak, puitis, serta lucu dan kehangatan—persis lagu ‘Balik Kampung…Gosip Raya’ oleh Sherry dan Ain. Kerjasama ini mengingatkan kita bahawa walaupun zaman berubah daripada trend, gaya, hingga cara kita menyambut Raya—intipati perayaan tetap sama: berkongsi kegembiraan dan mencipta kenangan bersama insan tersayang.

‘Balik Kampung…Gosip Raya’ juga mentakrifkan semula maksud ‘gosip’—bukan sekadar berbual kosong, tetapi sebuah perkongsian cerita, tawa, dan perkembangan hidup yang mengeratkan hubungan serta mencipta kegembiraan bersama. Ia tentang meraikan hubungan—antara keluarga dan sahabat, merentasi generasi lama dan baharu. Semoga ‘Balik Kampung…Gosip Raya’ membangkitkan semangat kebersamaan yang segar dalam kalangan rakyat Malaysia pada musim Raya ini.”

Selain Ain dan Sherry, video muzik (MV) lagu ini turut menampilkan Hafiz Hamidun, Vanessa Reynauld, Adrianna Cinta dan bintang hip hop terkenal, Kidd Santhe, memeriahkan suasana.

Sony Music Entertainment Malaysia ingin mengucapkan terima kasih kepada Buz, aplikasi pesanan audio yang terkemuka, atas sokongan mereka terhadap video muzik ini. Kami juga menghargai komitmen berterusan Buz dalam menyokong Ain Edruce, duta jenama mereka yang dihormati.

Balik Kampung…Gosip Raya – Lagu Raya Yang Dekat Di Hati Semua

Setiap kali musim Raya, satu tradisi yang sentiasa menyatukan kita adalah berkongsi cerita, tawa, dan gurauan mesra. Sama ada di ruang tamu, dapur, atau di meja makan, perbualan ini menjadi sebahagian daripada kemeriahan perayaan.

Daripada soalan klasik seperti “Bila nak kahwin?” hingga usikan nakal seperti “Eh, nampak macam dah naik berat badan?” atau “Dengar cerita anak jiran dapat markah tertinggi—anak kamu macam mana?”, perbualan sebegini sering digelar ‘gosip’, tetapi hakikatnya, ia lebih kepada mengeratkan hubungan. Namun, kegembiraan sebenar Raya tercipta apabila gurauan ini kekal ringan dan menyeronokkan—dipenuhi dengan kasih sayang, bukan rasa malu— kerana perbualan yang paling bermakna ialah yang berlandaskan rasa hormat dan kehangatan kebersamaan.

Inilah inspirasi utama di sebalik tercetusnya Balik Kampung…Gosip Raya, sebuah lagu yang menggabungkan elemen tradisional dengan susunan muzik moden yang segar dan ‘catchy’. Dengan lirik yang santai serta melodinya yang mudah diingati, Ain dan Sherry berjaya menyampaikan mesej tentang budaya bersembang tatkala sambutan Hari Raya dengan cara yang paling menghiburkan!

Dari “Yes” Spontan Ke Lagu Raya Paling ‘Havoc’ Tahun Ini!

Kerjasama di antara Ain dan Sherry dalam Balik Kampung…Gosip Raya terjadi dengan begitu pantas ketika pertemuan pertama lagi bersama syarikat rakaman. “Sony Music hadir menyatakan hasrat mereka tentang sebuah lagu Raya, pertama kali mendengarnya terus saya katakan ‘YES!’ Tanpa berfikir panjang, saya pun terus setuju, begitu juga dengan Ain, dan semuanya siap dalam masa sebulan,” kongsi Sherry.

Ain pula menambah, “Ini bukanlah kali pertama kami bergabung, tetapi kali pertama dalam sebuah lagu. Sebelum ini pun kami pernah bekerjasama beberapa kali dalam pelbagai program, dan sudah mengenali di antara satu sama lain. Bayangkan, kalau di set pun kami sudah ‘havoc’, apatah lagi dalam studio rakaman!”

Gelak Tawa Di Studio – Ain & Sherry Memang Serasi

Rakaman lagu ini sendiri penuh dengan keletah Ain dan Sherry yang sememangnya sinonim dengan gaya selamba dan humor mereka.

Menurut Ain, proses rakaman bukan sahaja mudah, bahkan menyeronokkan, “Kami berdua bukannya penyanyi profesional, jadi setiap kali selesai rakaman, pasti ada sesi gelak ketawa. Kadang-kadang sampai susah untuk diteruskan kerana kami ketawa terlampau lama,” katanya.

Sherry pula menambah, “Paling lucu, apabila kami mendengar semula rakaman suara, kami sendiri tidak boleh bezakan! ‘Ini suara Ain atau saya?’ Sehingga perlu bertanya pada komposer untuk pastikan. Nasib baik ada Afif Tirmizie yang membantu di studio rakaman, kalau tidak… ‘kelautlah’ lagu ini!”.

Harapan Ain & Sherry Untuk “Balik Kampung…Gosip Raya”

Sebagai sebuah lagu yang mencerminkan realiti perbualan raya, Ain dan Sherry berharap Balik Kampung…Gosip Raya akan menjadi lagu wajib dalam senarai putar Aidilfitri pada tahun ini. “Kami mahukan semua yang mendengar lagu ini akan terhibur, dan kalau boleh nyanyikan bersama-sama ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Pastinya akan lebih meriah!” kata Ain.

Sherry turut menambah, “Saya berharap lagu ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi sebagai ‘wake-up call’. Bukankah lebih baik kalau kita fokus pada menikmati hidangan Raya daripada sibuk bergosip tentang orang lain? Jadi, kalau tidak mahu menjadi bahan gosip, eloklah dengarkan lagu ini dan ambil iktibar” katanya dalam nada teruja.

Pelancaran Di Semua Platform Digital

“Balik Kampung…Gosip Raya” kini boleh didengari di semua platform penstriman utama seperti Spotify, Apple Music dan YouTube. Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.