Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Lori jatuh gaung
Gambar: IPD Kuala Krai

Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

Hannah

Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

KOTA BHARU — Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi itu, pemandu lori berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berusia 39 tahun yang cedera telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Rigid tersebut dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di laluan tersebut.

“Pemandu lori tersebut meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh salurkan ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau hubungi pegawai penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azian di talian 09-9666222.

BACA: OKU Maut Di Stesen LRT: MOT Arah Kaji Semula Aspek Keselamatan Di Semua Stesen

BACA: ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin Meninggal Dunia Selepas Main Bola Sepak

BACA: Ismail Sabri Dimasukkan Ke Hospital, Kini Stabil – Setiausaha Akhbar

Sumber: BERNAMA