Siakap Keli
Gambar: NASA

Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih

Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih

Siapa di sini yang suka dengan dunia angkasawan? Mesti ramai bukan?

Saban tahun, pelbagai penemuan menakjubkan seperti bintang, planet, asteroid, meteor dan fenomena lain. Ini menunjukkan betapa luasnya cakerawala ini bahkan perjalanan untuk ke sesuatu kawasan itu mencapai jutaan tahun cahaya.

Sehingga kini, hanya segelintir angkasawan yang mampu menjejakkan kaki di luar bumi seperti bulan dan planet Marikh.

Tapi perasan tak, setiap kali angkasawan pakai sut, terdapat dua warna iaitu warna jingga dan putih.

Tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa sut ini ada dua warna dan apa fungsinya?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

Sut Angkasawan

Pakaian atau sut khas angkasawan memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan prestasi mereka semasa misi di angkasa lepas. Terdapat dua warna utama yang sering digunakan iaitu putih dan jingga.

Tahukah anda, setiap sut ini mempunyai fungsi dan tujuan khusus.

Sut Jingga (Advanced Crew Escape Suit – ACES)

Sut berwarna jingga atau dikenali sebagai Advanced Crew Escape Suit (ACES) ini dipakai oleh angkasawan semasa pelancaran dan ketika kembali memasuki atmosfera Bumi.

Warna jingga dipilih kerana ia terang dan mudah dilihat, memudahkan pasukan penyelamat untuk mengesan angkasawan sekiranya berlaku kecemasan, terutamanya di laut.

Selain itu, sut ini juga dilengkapi dengan peralatan keselamatan seperti payung terjun, radio, lampu suluh, dan kit perubatan asas bagi memastikan angkasawan dapat bertahan dalam situasi kecemasan.

Sut Putih (Extravehicular Mobility Unit – EMU)

Sementara itu, sut berwarna putih, dikenali sebagai Extravehicular Mobility Unit (EMU), digunakan oleh angkasawan semasa melakukan aktiviti di luar kapal angkasa atau lebih dikenali sebagai spacewalk.

Warna putih dipilih kerana berfungsi dalam memantulkan radiasi matahari, membantu mengawal suhu badan angkasawan, serta melindungi mereka daripada keadaan ekstrem di angkasa lepas.

Selain itu, pakaian ini direka khas untuk menyediakan tekanan dalaman yang stabil, bekalan oksigen, kawalan suhu, serta sistem komunikasi yang berhubung dengan kapal angkasa, memastikan angkasawan dapat bekerja dengan selamat dan cekap dalam persekitaran vakum.

Jadi, pemilihan warna dan reka bentuk pakaian angkasawan dibuat berdasarkan pertimbangan teliti terhadap keselamatan, fungsi, dan keberkesanan dalam pelbagai fasa misi angkasa lepas.

Sumber: Kumparan, Kompas

BACA: Genap 75 Tahun, Tragedi Bukit Kepong Masih Segar Dalam Ingatan

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.