Raikan Semangat kebersamaan di Double Tree by Hilton Damai Laut Resort Ramadan Ini
Lumut, Malaysia, 24 Februari, 2025 – DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort dengan sukacitanya menjemput anda untuk meraikan semangat Ramadan menerusi kempen 2025 mereka, Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan. Ramadan adalah waktu untuk muhasabah, kesyukuran, dan kebersamaan yang terbaik diluangkan bersama insan tersayang sambil menikmati hidangan penuh cita rasa tradisi. Berlatar belakangkan pemandangan indah Selat Melaka, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort menghadirkan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan untuk meraikan bulan suci ini.
Sepanjang bulan Ramadan, ahli Hilton Honors berpeluang menikmati keistimewaan eksklusif dengan diskaun sehingga 25% untuk semua hidangan dari 1 hingga 30 Mac 2025. Tetamu juga digalakkan untuk merebut promosi tempahan awal dengan potongan 20% dari 10 hingga 28 Februari 2025.
Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan berlangsung dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025, membawakan pelbagai hidangan tradisional yang menyelerakan serta pakej penginapan istimewa untuk menjadikan sambutan Ramadan anda lebih bermakna.
Pakej Penginapan & Santapan Ramadan
Bagi yang ingin berehat sambil menikmati sajian lazat di bulan Ramadan, DoubleTree by Hilton Damai Laut Resort menawarkan pakej Stay & Dine eksklusif yang menggabungkan suasana tenang dengan sajian istimewa. Bermula dari RM400+ semalam, anda boleh menikmati penginapan yang selesa lengkap dengan sahur dan Bufet Makan Malam Ramadan Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan di Makan Kitchen. Tidak kira sama ada anda merancang percutian singkat atau ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang, pakej ini sesuai untuk mencipta kenangan Ramadan yang istimewa di tepi pantai.
Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi +60 5684 3333, e-mel ke [email protected] atau layari laman web hotel kami.
Bufet Makan Malam Nikmati Sajian, Eratkan Jalinan di Makan Kitchen
1 – 30 Mac 2025 | 6:30 petang – 10:30 malam
Ahad hingga Khamis: RM98 nett seorang dewasa | RM49 nett seorang kanak-kanak
Jumaat dan Sabtu: RM118 nett seorang dewasa | RM59 nett seorang kanak-kanak
Makan Kitchen menjemput para tetamu berbuka puasa dengan bufet istimewa yang disediakan dengan penuh teliti, meraikan pelbagai citarasa tradisi Malaysia. Rasai kelazatan Daging Salai Masak Lemak Rebung dengan daging salai empuk yang dimasak dalam kuah santan beraroma bersama rebung. Nikmati Kambing Mongol yang diperap sempurna dan dipanggang hingga menghasilkan rasa salai yang menggoda. Briyani Kambing menawarkan nasi beras basmati berempah dengan kambing lembut yang memuaskan, sementara Sotong Goreng Tepung memberikan kerangupan yang digemari ramai. Hidangan klasik Naan dan Ayam Tandoori membawakan keistimewaan masakan dari oven tandoor, ditemani Nasi Goreng Nenas dengan Udang yang menampilkan keseimbangan rasa tropika.
Nikmati hidangan anda sambil diiringi alunan muzik tradisional secara langsung setiap Jumaat dan Sabtu dari 1 hingga 29 Mac, dengan tiga sesi persembahan bermula jam 6:30 petang, 7:45 malam, dan 8:45 malam.
Untuk perjumpaan yang lebih santai dan peribadi, ruang makan eksklusif disediakan di bilik mesyuarat tertutup untuk sekurang-kurangnya 50 tetamu pada harga RM128 nett seorang. Tempahan awal sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +60 5684 3333, e-mel ke [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com.
Bufet Makan Malam Hidangan Warisan di Makan Kitchen
31 Mac – 1 April 2025 | 6:30 petang – 10:30 malam
RM138 nett seorang dewasa | RM69 nett seorang kanak-kanak
Menutup bulan mulia ini, semangat kebersamaan diteruskan dengan bufet Hidangan Warisan yang menyemarakkan kemeriahan Hari Raya. Rasai keenakan Ekor Salai Sambal Assam Manis, dengan ekor lembu salai yang dipadankan bersama sambal masam manis yang membuka selera. Rendang Udang Harimau Pangkor pula menampilkan udang harimau segar yang dimasak perlahan dalam kuah rendang beraroma, manakala Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api dengan Rebung menghadirkan rasa pedas berkrim yang memikat. Bagi pencinta nasi, Nasi Minyak Kambing Buah Delimamenggoda dengan gabungan nasi wangi, kambing empuk, dan rasa manis daripada delima segar. Tidak ketinggalan, Sotong Bakar Sambal Colik dipanggang sempurna, memberikan keseimbangan rasa salai dan rempah yang memuaskan.
Bagi mereka yang ingin meraikan dalam suasana lebih eksklusif, bilik mesyuarat tertutup tersedia untuk santapan Hari Raya khas dengan minimum tempahan 50 tetamu pada harga RM128 nett seorang. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam lebih awal.
Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi +60 5684 3333, e-mel ke [email protected] atau layari EatDrinkHilton.com.