Siakap Keli
hud aryan
Gambar: BERNAMA

Lebih 36 Jam Berlalu, Misi Pencarian Hud Aryan Diteruskan

Lebih 36 Jam Berlalu, Misi Pencarian Hud Aryan Diteruskan

Selepas 36 jam berlalu, misi pencarian seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Tanah Merah, Kelantan masih diteruskan.

Kehilangan Hud Aryan, 19 bulan, mula mendapat perhatian media selepas kejadian tersebut menjadi tular di media sosial.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh ibu saudaranya pada 25 Februari, kehilangan Hud disedari keluarganya kira-kira 7 malam pada Isnin.

“Anak buah saya Hud Aryan hilang jam 7 petang, 24 Februari. Misi pencarian di tangguhkan malam ni dan pagi esok misi percarian di jalankan kembali. Baliklah Hud,” katanya.

Lebih 36 jam sudah berlalu, semoga adik Hud Aryan segera ditemukan

Sementara itu, media tempatan melaporkan kejadian tersebut berlaku selepas ibu kanak-kanak berkenaan selesai memberinya makan.

Dalam laporan BERNAMA pula, panggilan kecemasan untuk melaporkan kehilangan Hud diterima oleh Balai Bomba & Penyelamat Tanah Merah kira-kira 8:02 malam, pada hari kehilangannya.

Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba II, Mohd Asmadi Ariffin, seramai tujuh orang anggota bomba digerakan ke lokasi kejadian untuk melakukan operasi pencarian sebaik sahaja menerima laporan.

Malah, operasi turut mendapatkan bantuan daripada Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) dan Unit Anjing Pengesan, K9.

Unit Anjing Pengesan, K9 turut terlibat dalam misi pencarian

Misi pencarian difahamkan turut dibantu oleh orang awam terutamanya penduduk setempat agar keberadaan Hud dapat dikesan.

Semoga misi pencarian pasukan penyelamat dipermudahkan dan adik Hud segera pulang ke pangkuan keluarganya.

BACA: Bulan Berada Pada Titik Paling Dekat Dengan Bumi 2 Mac Ini

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.