Siakap Keli
Ayam Gepuk Pak Gembus Rai Pencapaian Bersejarah Terima Lima Anugerah Berprestij Malaysia Book Of Records!
Maria Bornomo (Ketua Pegawai Operasi Pak Gembus Indonesia), Goh Zi Ling (Ketua Jabatan Kewangan), Mohd Effandy Saadon (Penolong Pengurus Besar Pemasaran), YB Senator Dato' Setia Dr Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)), Sharil Azly Mohd Yusoff (Penolong Pengurus Besar Operasi), Zulkarnain Mohd Yusof (Ketua Pegawai Operasi Pak Gembus Malaysia) dan wakil dari The Malaysia Book of Records

Ayam Gepuk Pak Gembus Rai Pencapaian Bersejarah Terima Lima Anugerah Berprestij Malaysia Book Of Records!

Ayam Gepuk Pak Gembus Rai Pencapaian Bersejarah Terima Lima Anugerah Berprestij Malaysia Book Of Records!

Petaling Jaya, 27 Februari 2025 – Ayam Gepuk Pak Gembus, jenama Ayam Gepuk halal terkemuka di Malaysia, menerima lima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian:

  1. Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama yang Diperakui Halal
  2.  Jenama ‘Ayam Gepuk’ Pertama di Malaysia
  3.  Rangkaian Makanan ‘Ayam Gepuk’ Terbesar
  4.  Nilai Jualan Tertinggi ‘Ayam Gepuk’ dalam Setahun
  5.  Jumlah ‘Ayam Gepuk’ Terjual Terbanyak dalam Setahun

Majlis penganugerahan yang berlangsung pada 27 Februari 2025 (Khamis) di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, di mana sijil rasmi disampaikan oleh wakil MBOR bukan sahaja membuktikan pencapaian luar biasa jenama ini dalam industri makanan dan minuman, tetapi juga mengukuhkan komitmen terhadap kualiti, kepercayaan pengguna, dan kepatuhan Ayam Gepuk Pak Gembus kepada piawaian yang tinggi.

Zulkarnain Mohd Yusof (COO Pak Gembus Malaysia), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar (Minister of Religious Affairs), Mohd Effandy Saadon (AGM Real Estate & Marketing), Sharil Azly Mohd Yusoff (AGM Operation)

Majlis disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan dihadiri Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Dato Indera Hermono Ketua Pegawai Operasi (COO) Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia, Zulkarnain Bin Mohd Yusof berkata, penerimaan pengiktirafan daripada MBOR bukan sekadar satu pencapaian, tetapi tanggungjawab besar kepada pengguna dan industri.

Beliau menekankan bahawa pengiktirafan ini membuktikan kepada pelanggan bahawa piawaian terbaik dan halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyediaan makanan. “Pensijilan halal yang diterima baru-baru ini juga membuktikan komitmen kami dalam menyediakan makanan yang selamat, bersih, dan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Ia juga membantu mengangkat nama Malaysia sebagai hab halal global yang dipercayai.”

Sambal Kemiri

“Dengan adanya pensijilan halal, jenama seperti Ayam Gepuk Pak Gembus bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan tetapi juga berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa, sejajar dengan aspirasi negara untuk menjadi pusat rujukan halal dunia.

Tambahnya, Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia bertekad untuk terus memperluaskan operasinya, menawarkan lebih banyak inovasi dalam menu, dan menyumbang kepada industri halal Malaysia yang semakin berkembang pesat.

“Dengan lebih 800 outlet di Indonesia dan hampir 100 outlet di Malaysia, Pak Gembus kini memperkukuhkan kedudukannya untuk memenuhi permintaan pelanggan di pasaran utama, termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)) bersama Media untuk Sidang Media

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Ayam Gepuk Pak Gembus sedang
merancang pembukaan outlet antarabangsa pertamanya di luar Malaysia, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam strategi pengembangannya di peringkat global.

“Dengan pendekatan yang berfokus kepada pelanggan, Pak Gembus kekal komited untuk membawa cita rasa asli dan pematuhan halal ke lebih banyak rantau, sejajar dengan permintaan pasaran,” katanya.

Dari kiri: Zulkarnain Mohd Yusof (COO Pak Gembus Malaysia), YB Senator Dato’ Setia Dr Haji Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar (Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)), Mohd Effandy Saadon (AGM Hartanah & Pemasaran), Sharil Azly Mohd Yusoff (AGM Operasi)

Pada acara itu, Pak Gembus turut memperkenalkan produk terbarunya, Sambal Kemiri, yang dilancarkan secara eksklusif untuk para hadirin. Produk inovatif ini merupakan tambahan baharu dalam keluarga Pak Gembus, berbeza daripada sambal ikonik yang disajikan di restoran. Ia direka khas untuk membawa rasa asli ‘PG by Pak Gembus’ terus ke dapur pelanggan.

Dalam masa terdekat, Sambal Kemiri akan tersedia untuk pembelian melalui platform e-dagang seperti Shopee dan TikTok Shop. Para pelanggan digalakkan untuk mengikuti ‘PG by Pak Gembus’ di kedua-dua platform ini bagi mendapatkan kemas kini terkini mengenai pelancaran rasmi serta promosi istimewa.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.