Siakap Keli
hujan lebat empat negeri
Gambar: BERNAMA

Seluruh Kawasan Di Empat Negeri & Dua Wilayah Diramal Dibadai Hujan Lebat Petang Ini

Seluruh Kawasan Di Empat Negeri & Dua Wilayah Diramal Dibadai Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir melibatkan 11 negeri serta dua wilayah sehingga 6 petang ini.

Amaran berkenaan dimaklumkan kepada umum menerusi satu hantaran media yang dimuat naik laman facebook cuaca itu sebentar tadi.

Menurut MetMalaysia, 11 negeri berkenaan adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala dua wilayah pula adalah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hujan lebat diramai badai seluruh kawasan di lima negeri & dua wilayah petang ini

Berdasarkan hantaran berkenaan, amaran hujan lebat dan ribut petir dikeluarkan bagi semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Kedah, amaran yang dikeluarkan melibatkan Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Seterusnya di Pulau Pinang, kawasan-kawasan yang terlibat adalah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Beralih ke Perak, MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan melanda Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

Di Kelantan, hanya satu kawasan sahaja terlibat iaitu Kuala Krai dan Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Bera adalah kawasan yang terbabit dengan amaran itu.

Manakala di Sarawak, amaran cuaca itu merangkumi Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu, Miri dan Limbang.

Menurut MetMalaysia, hanya satu kawasan di Sabah yang termasuk dalam amaran kali ini iaitu Pedalaman (Sipitang dan Beaufort).

Dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir berlaku

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Selain itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu lagi.

Orang ramai diminta peka dengan amaran cuaca yang dikeluarkan dan boleh berbuat demikian dengan mengikuti kemas kini di buat oleh MetMalaysia dari semasa ke semasa.

BACA: Kes Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Terlepas Hukuman Mati, Penjara 18 Tahun Kekal

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.