Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Kes Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Terlepas Hukuman Mati, Penjara 18 Tahun Kekal

Kes Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Terlepas Hukuman Mati, Penjara 18 Tahun Kekal

PUTRAJAYA, 28 Feb (Bernama) — Enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan hukuman itu dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain, lapan tahun lepas.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kesemua lelaki itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 23 Julai tahun lepas, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penuntut UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.

Sebelum ini, lima tertuduh menghadapi pertuduhan membunuh Zulfarhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan manakala seorang lagi tertuduh didakwa bersubahat membunuh mengikut Seksyen 109 kanun sama yang membawa hukuman serupa.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 Nov 2021 menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam lelaki itu selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

Bekas penuntut yang kini berusia 29 tahun itu, didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi dan 5.45 pagi 22 Mei 2017.

Zulfarhan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.

BACA: Memerang ‘Ambil Alih’ Rancangan Kerajaan, Siap Bina Empangan Dalam 2 Hari

Sumber: BERNAMA

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.