Siakap Keli
Memerang bina empangan
Gambar: AFP

Memerang ‘Ambil Alih’ Rancangan Kerajaan, Siap Bina Empangan Dalam 2 Hari 

Memerang ‘Ambil Alih’ Rancangan Kerajaan, Siap Bina Empangan Dalam 2 Hari 

Sekumpulan memerang telah membina sebuah empangan dalam tempoh dua hari, yang mana pihak berkuasa tempatan sudah merancangnya selama tujuh tahun.

Menurut portal Vox News, kejadian berkenaan meraih perhatian ramai selepas tindakan haiwan itu dilapor menjimatkan kos pentadbiran berjuta-juta ringgit.

Difahamkan, projek untuk memulihkan kawasan air di taman alam semula jadi Brdy sudah dalam perancangan pembangunan sejak 2018.

Vox News berkata, pihak berkuasa berusaha mendapatkan permit yang diperlukan, menyelesaikan dokumentasi sebelum memulakan kerja pembinaan selama bertahun-tahun.

Memerang ambil 2 hari bina empangan, jimat belanja kerajaan RM5 juta & masa 7 tahun

Ternyata semua usaha itu tidak lagi diperlukan dan projek berkenaan tidak perlu diteruskan.

Ia apabila sekumpulan memerang yang berhabitat di taman berkenaan sejak 2020 bertindak sendiri, dengan membina empangan di lokasi yang sama seperti yang dirancang oleh kerajaan.

Ketua Pentadbiran Kawasan Perlindungan berkata inisiatif memerang ini telah menjimatkan kos sekitar 30 juta Czech koruna (kira-kira RM5.5 juta).

Malah, empangan yang dibina memerang itu tidak memerlukan sebarang dokumentasi dan dilakukan secara percuma.

Terkenal dengan keupayaan ‘kejuruteraan’ luar biasa

Menurut Vox News, memerang terkenal dengan keupayaan untuk membina kolam takungan besar di sungai, yang berfungsi seperti empangan moden.

Tujuan pembinaan itu adalah untuk mewujudkan kolam air dalam yang memberi perlindungan kepada mereka daripada serangan pemangsa.

BACA: Zulkifli Ismail Luang Masa Singgah Kedai Amir Raja Lawak

BACA: Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Sumber: Vox News

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.