Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Dah Lama Sangat Tak Bersenam
Kredit: Siakap Keli

Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Athirah

Dah Lama Sangat Tak Bersenam, Ini 7 Penyakit Boleh Sangkut Kalau Teruskan Amalan Ni

Memiliki tubuh badan yang sihat merupakan idaman setiap manusia. Untuk memastikan kesihatan diri sentiasa berada dalam keadaan baik, banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan penekanan.

Menerusi amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang dan senaman berkala, individu dapat meningkatkan kualiti hidup serta mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Tapi bagaimana kalau sudah lama tidak bersenam? Apa penyakit yang boleh sangkut? Antaraya adalah:

Kanser Kanser ialah penyakit di mana sel-sel dalam badan berkembang secara tidak terkawal, dan boleh menyebar ke bahagian lain. Antara faktornya seperti genetik, persekitaran, gaya hidup atau sebab yang tak pasti.

Penyakit jantung Faktor risiko tingkah laku yang paling penting bagi penyakit jantung dan strok ialah pemakanan tidak sihat, kurangnya aktiviti fizikal, penggunaan tembakau dan pengambilan alkohol yang berbahaya.

Diabetes Tubuh pesakit diabetes tidak dapat menghasilkan insulin mencukupi. Apabila sel berhenti memberi tindak balas terhadap insulin atau terlalu banyak gula dalam kekal dalam aliran darah, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius seperti penyakit jantung, kehilangan penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Obesiti Melakukan aktiviti fizikal secara berkala adalah salah satu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk kesihatan.

Senaman memberi manfaat kepada tubuh badan, manakala gaya hidup sedentari memiliki kesan sebaliknya iaitu meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan menghidap pelbagai penyakit kronik.

Darah Tinggi Tekanan darah tinggi adalah keadaan biasa yang menjejaskan arteri dalam tubuh atau dikenali sebagai hipertensi. Jika individu mengalami tekanan darah tinggi, daya darah yang menekan dinding arteri sentiasa terlalu tinggi.

Apabila tekanan darah meningkat, ia memaksa jantung untuk bekerja lebih keras.

Osteoporosis & Masalah Sendi Osteoporosis adalah penyakit ‘senyap’ kerana ia biasanya tidak menunjukkan tanda-tanda. Penyakit ini selalunya didiagnosis hanya selepas imbasan patah tulang atau ketumpatan tulang.

Difahamkan, ini mengakibatkan tulang secara beransur-ansur menjadi rapuh dan lebih mudah patah.

Penyakit Mental Senaman membantu tubuh mengeluarkan hormon endorfin, yang dikenali sebagai ” hormon gembira”. Endorfin ini boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan perasaan kesejahteraan.

Ketika bersenam, tubuh akan fokus pada aktiviti fizikal, mengalihkan perhatian daripada punca kebimbangan atau tekanan. Ini membantu meredakan tekanan harian dan memberikan kelonggaran mental.

Risiko makin tinggi jika tak amal gaya hidup sihat

Risiko untuk dapat penyakit-penyakit ini makin tinggi jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan dan juga senaman.

Namun, jika dah lama tak bersenam, jangan terus buat senaman berat, cukup mula dengan 30 minit berjalan sehari.

Jika dah biasa dengan senaman, korang mungkin boleh sertai pelbagai aktiviti, seperti Run & Ride yang dianjurkan oleh PERKESO.

PERKESO RUN & RIDE kembali lagi untuk tahun ini

Seiring dengan peredaran zaman, aktiviti larian semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai satu gaya hidup sihat dan medium untuk mengeratkan hubungan sosial.

Program larian seperti maraton, separuh maraton, fun run dan larian amal sering dianjurkan di pelbagai lokasi seluruh negara.

Selain memberi manfaat kesihatan, aktiviti ini juga menyokong pelbagai tujuan seperti kesedaran sosial dan promosi gaya hidup aktif.

PERKESO Run & Ride 2025 kembali menemui masyarakat Malaysia dengan acara tahunan anjuran PERKESO yang bakal berlangsung di Dataran Wawasan, Putrajaya pada 20 April ini.

Kredit: PERKESO

Acara berkenaan dijadual bermula seawal pukul 6 pagi dengan dua tawaran mod senaman dibuka kepada umum iaitu berlari dan berbasikal.

Untuk makluman, yuran penyertaan bagi kategori acara larian untuk jarak 3km, 6km dan 10km adalah sebanyak RM50, manakala bagi sukan berbasikal pula adalah RM60 untuk jarak 35km.

PERKESO turut menyediakan kategori “Family Package (4pax)” untuk acara larian dan sukan berbasikal yang berjumlah RM180 dan RM220.

Kredit: PERKESO

Kereta dan motosikal antara hadiah cabutan bertuah

Di samping itu, jersi acara akan diberikan kepada peserta, malah terdapat juga medal, beg dan kit larian percuma menanti 10,000 peserta dalam acara besar-besaran ini.

Apa yang lebih menarik lagi, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, aktiviti zumba dan gerai pameran disediakan untuk semua peserta PERKESO Run & Ride 2025.

Kredit: PERKESO

Peserta turut berpeluang memiliki Perodua Bezza dan motosikal jenis Yamaha Avantiz yang ditawarkan sebagai hadiah utama selain enam hadiah berupa basikal.​

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Mungkin anda memiliki peluang cerah untuk memenangi dan membawa pulang hadiah-hadiah yang disediakan oleh PERKESO.

Tempoh pendaftaran kini telah dibuka dan akan ditutup pada 28 Februari 2025.

Orang ramai yang berminat boleh mula mendaftar di laman sesawang runandride.perkeso.gov.my ataupun hubungi talian +603 4264 5089 untuk maklumat lanjut.