Siakap Keli
Gambar: Palestine Post

Rakyat Palestin Tunaikan Solat Tarawih Di Celah Runtuhan Masjid

Rakyat Palestin Tunaikan Solat Tarawih Di Celah Runtuhan Masjid

GAZA CITY, 1 Mac (Bernama-Anadolu) — Rakyat Palestin menunaikan solat Tarawih pertama di Semenanjung Gaza di celah runtuhan masjid pada Jumaat malam, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Solat sunat itu turut dilaksanakan di Masjid Agung Omari, masjid terbesar dan tertua di Gaza.

Menara masjid berusia 1,400 tahun itu telah dimusnahkan, manakala sebahagian besar strukturnya mengalami kerosakan teruk akibat perang.

“Hari ini, kami mendirikan solat Tarawih pertama di celah runtuhan masjid.

“Di sebalik timbunan puing ini, kami menunaikan ibadah, berdoa kepada Allah agar menerima amalan kami,” kata Bilal Al-Lahham, seorang imam di Gaza City.

Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Gaza minggu lalu melaporkan bahawa daripada 1,244 masjid di seluruh Gaza, sebanyak 1,109 musnah sepenuhnya atau mengalami kerosakan teruk.

Perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan telah berkuat kuasa sejak bulan lalu, menghentikan sementara perang yang memusnahkan Gaza dan mengorbankan lebih 48,360 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: