Ramadan Bersama Musalla IOI City Mall
Di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, umat Islam pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menggandakan amalan ibadah.
Walaupun hati teruja menanti Syawal dan mungkin sudah mula membuat persiapan, keutamaan dalam beribadah tetap menjadi keutamaan.
Bagi anda yang berada di sekitar Putrajaya dan kawasan sekitarnya, IOI City Mall menawarkan kemudahan eksklusif bagi memudahkan ibadah sepanjang bulan mulia ini.
Sepanjang Ramadan, pelbagai kemudahan disediakan untuk memudahkan umat Islam menunaikan ibadah dengan selesa.
Solat Tarawih setiap malam
Bermula dari 1 Mac hingga 30 Mac 2025, Musalla IOI City Mall akan mengadakan solat Tarawih setiap malam.
Para jemaah dijemput untuk bersama-sama menunaikan solat sunat ini di Musalla yang terletak di East Wing – Lower Ground (di belakang Poh Koh).
Kaunter zakat
Selain solat Terawih, pihak pengurusan turut menyediakan kaunter zakat bagi memudahkan umat Islam menunaikan tanggungjawab zakat mereka.
Kaunter ini akan mula beroperasi dari 3 Mac 2025 pada jam 11:00 pagi hingga 5:00 petang.
https://www.instagram.com/p/DGptzHVzisC/?fbclid=IwY2xjawIxU4dleHRuA2FlbQIxMAABHfLB1FsMF7__paHejbuQwmG2FRy4niB19C-yldlQ5aZVChCXxNbl8jaXfA_aem_S91EWXT7FIB78iYmQHZCtg
Bagi mereka yang ingin datang ke Musalla IOI City Mall, lokasi yang disediakan amat mudah diakses. Pengunjung boleh merujuk peta digital melalui pautan ini.
Untuk kemudahan parkir pula, kawasan letak kenderaan Zon E, F dan G merupakan lokasi paling dekat dengan Musalla.
Dengan kemudahan yang disediakan di Musalla IOI City Mall, diharapkan umat Islam dapat merebut peluang untuk memanfaatkan bulan mulia ini dengan sebaiknya.
BACA: Suasana Solat Sunat Tarawih Di Masjid Terbesar Asia Tengah
BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Di Selangor & KL Bagi Tahun 2025
BACA: Zarina Zainuddin ‘Bantu’ Allahyarhamah Akiko, Sediakan Sahur Buat Sky
Sumber: Instagram @ioicitymallmy