Siakap Keli
Suasana Solat Tarawih Masjid Terbesar
Gambar: Instagram @bydastann

Suasana Solat Sunat Tarawih Di Masjid Terbesar Asia Tengah

Suasana Solat Sunat Tarawih Di Masjid Terbesar Asia Tengah

Bulan Ramadan kini telahpun kembali bertemu seluruh umat Islam di dunia, membawa bersamanya keberkatan dan keampunan.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga waktu untuk memperbanyakkan ibadah, mempererat silaturahim, serta memperbaiki diri mengejar ketakwaan dan ganjaran daripada Allah SWT.

Selepas berbuka puasa, hampir seluruh umat Islam yang mempunyai waktu berlumba-lumba ke masjid untuk menunaikan solat sunat tarawih, solat yang hanya dilakukan pada bulan suci ini.

Tak nampak ruang kosong dalam saf

Setiap ruang sudut masjid ketika bulan ini tiba bagaikan dipenuhi lautan manusia. Begitulah satu rakaman video yang memaparkan umat Islam membanjiri ruang Masjid Astana Grand di Kazakhstan.

Gambar: Instagram @bydastann

Dalam klip yang dimuat naik oleh pengguna Instagram @bydastann menunjukkan hampir setiap ruang saf diisi oleh setiap muslim yang menunaikan sola sunat mua’akkad itu.

Netizen kagum lihat suasana solat tarawih

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa kagu melihat umat Islam tidak melepaskan peluang untuk merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan.

Malah, ada turut meluahkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke masjid berkenaan suatu hari nanti.

Berikut antara komen pengguna;

“MasyaAllah,” komen seorang pengguna.

“Berharap satu hari nanti saya dapat berkunjung ke masjid ini,” komen seorang lagi warganet.

“Satu ummah. AllahuAkbar,” tulis seorang lagi.

https://www.instagram.com/reel/DGm_r-ETwdZ/

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 3.6 juta tontonan dengan lebih 488,000 tanda ‘Suka’ dengan ribuan komen.

Puasa Di Kazakhstan

Jabatan Syariah dan Fatwa dari Pentadbiran Spiritual Muslim Kazakhstan mengumumkan bahawa seluruh umat Islam di negara itu menyambut ketibaan Ramadan bermula pada 1 Mac 2025, petik Kazinform.com.

Sementara di Malaysia pula menyambut ketibaan bulan suci itu bermula 2 Mac 2025 bersamaan 1 Ramadan 1446 Hijrah.

Sumber: Instagram @bydastann

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025

BACA: Tular Masjid Beri Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai

BACA: Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: