Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
masjid cabutan bertuah tarawih
Gambar: TikTok

Tular Masjid Beri Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai

Iqbal Yasir

Tular Masjid Adakan Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai

Setiap kali tibanya Ramadan, seluruh umat Islam berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah.

Salah satu keunikan yang tidak ada pada bulan-bulan lain adalah solat tarawih, yang dilakukan malam hari selepas menjalani ibadah puasa.

Solat sunat muakkad ini dilakukan di surau-surau atau masjid oleh kaum muslimin dan muslimat pada setiap malam Ramadan.

Baru-baru ini, tular video memaparkan jemaah di Masjid Hanna Samsiah Kabupaten Maros, Sulawesi Selatan selepas melakukan solat sunat tarawih.

Menariknya dalam perkongsian TikTok milik @btari_farida memaparkan jemaah menerima hadiah daripada cabutan bertuah, dipercayai diadakan oleh pihak masjid selepas selesai menunaikan solat itu sepanjang Ramadan.

“Ramadan penuh keberkatan, pengasas merangkap pemilik masjid, Hanna Samsiah, sekali lagi memberikan hadiah yang diundi setiap malam selepas solat tarawih sepanjang bulan Ramadan, dengan pelbagai hadiah termasuk hadiah utama pakej menunaikan umrah.

“Pada malam pertama, hadiah pertama yang dimenangi adalah satu unit Smart TV,” kongsi klip berkenaan.

Semua jemaah dilihat tidak berganjak daripada saf masing-masing, menantikan proses cabutan undi yang akan dilakukan.

Sementara itu, dalam perkongsian video lain, memaparkan seorang wanita bertuah memenangi sebuah mesin basuh baju pada malam kedua solat tarawih.

“Majlis penyerahan hadiah undian ramadan malam ke-2 ,” tulis klip berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan reaksi positif terhadap video itu.

Malah adanya yang memuji tindakan yang dilakukan oleh pihak masjid dalam usaha menggalakkan umat Islam menunaikan solat tarawih secara berjemaah.

“Alhamdulillah, tapi jangan jadikan niat tarawih hanya ingin mendapat hadiah,” komen seorang pengguna.

“Kongsi lokasi masjidnya, nak solat tarawih di sana,” seloroh seorang lagi.

“MashaAllah,” komen seorang lagi.

“Terima kasih encik dan puan atas hadiahnya. Semoga sentiasa diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan, dan lebih-lebih lagi dikurniakan rezeki yang melimpah serta penuh keberkatan,” tulis seorang pengguna.

Sumber: TikTok @btari_farida

BACA: Senarai Kadar Zakat Fitrah 2025 Bagi Setiap Negeri

BACA: Ini Senarai Lokasi Bazar Ramadan Rahmah 2025