Siakap Keli
Peluru Di Otak
Kredit: Gambar AFP Oddity Central

Askar Didakwa Bertempur Selama Seminggu Dengan Peluru Di Otak

Askar Didakwa Bertempur Selama Seminggu Dengan Peluru Di Otak

Seorang askar Rusia didakwa terus bertempur selama seminggu walaupun mengalami kecederaan serius apabila sebutir peluru ‘tertanam’ di dalam otaknya.

Media Rusia memuji keberaniannya dan menganggapnya sebagai wira perang.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dipercayai anggota Briged Marin Ke-155 Armada Pasifik Rusia.

Dia dikatakan bertempur dengan tentera Ukraine di wilayah Kursk apabila terkena tembakan di kepala.

Ketika insiden berlaku, topi keledarnya tercampak akibat hentaman peluru, namun dia menyangka peluru tersebut hanya melantun dari permukaan topi keledar.

Kesan tembakan menyebabkan hematoma terbentuk di atas mata kanannya, mengakibatkan kelopak matanya bengkak sehingga tertutup sepenuhnya.

Namun, dia tidak menghiraukannya dan meneruskan pertempuran dengan anggapan bengkak itu akan pulih dengan sendirinya.

Askar tersebut hanya menyedari keadaan sebenar selepas mengalami satu lagi kecederaan akibat serpihan letupan dan dimasukkan ke hospital.

Pemeriksaan sinar-X mendedahkan bahawa peluru yang menyebabkan topi keledarnya tercampak sebenarnya telah menembusi tengkoraknya dan tertanam di dalam otak.

Lebih mengejutkan, dia tidak mengalami komplikasi lain sepanjang tempoh seminggu selepas kecederaan itu.

Rakan-rakan tenteranya juga dikatakan tidak menyedari terdapat luka tembakan pada kepalanya.

Doktor Rusia menganggap kes ini sebagai satu keajaiban yang jarang berlaku.

BACA: Aidilfitri: 12,600 Tiket Tambahan ETS Mula Dijual Esok

BACA: Tempat Solat Yang Terbaik Bagi Seorang Wanita – Mufti WP

BACA: Kanak-Kanak Berzikir Di Hospital Cuit Hati Netizen

Sumber: Oddity Central

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.