Siakap Keli
kanak-kanak berzikir di hospital
Kredit: TikTok @robeaatul

Kanak-Kanak Berzikir Di Hospital Cuit Hati Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kanak-Kanak Berzikir Di Hospital Cuit Hati Netizen

Penyakit kronik bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi, apatah lagi bagi seorang anak kecil yang masih belum benar-benar memahami apa itu kesakitan.

Bayangkan kanak-kanak kecil yang sepatutnya riang bermain dan berlari ke sana ke mari, tetapi sebaliknya terpaksa menghabiskan masanya di hospital.

Ali berzikir tahan lapar, buat ramai sebak

Sebuah video yang tular di TikTok mencuri perhatian ramai apabila seorang ibu, @robeaatul, berkongsi momen menyentuh hati anaknya, Ali, yang sedang berzikir di hospital.

Dalam video tersebut, si ibu baru sahaja pulang dari membeli makanan untuk Ali yang sedang menjalani rawatan.

Sebelum keluar, dia sempat berpesan kepada anaknya supaya tetap di atas katil dan menekan loceng jika perlukan bantuan.

Selain itu, dia juga menasihati Ali agar berzikir jika terasa lapar sementara menunggu makanan tiba.

Apabila dia kembali ke bilik hospital, si ibu mendapati Ali masih setia di katil dengan mulutnya tidak henti mengalunkan zikir.

Rasa lapar yang mungkin mencengkam tidak sedikit pun membuatnya meragam. Sebaliknya, Ali memilih untuk menggantikan keluhan dengan memuji kebesaran Allah.

“Doktor cakap kalau Ali ada kat ward, memang meriah. Sampai depan dengar Ali zikir, kadang-kadang nyanyi.” ujar ibunya.

@robeaatul

doctor ckp, kalau ali kt ward mmg meriah. smpai depan dengar ali zikir. kdg2 nyanyi. asal mama jnji nk bawa mkanan. ali okay je. penangan dexamethasone 😅 #fyp #cancer

♬ original sound – Adawiyah – bamaliq

“Subhanallah, MasyaAllah, Tabarakallah”

Menurut si ibu, Ali sebenarnya seorang pejuang sejati yang bertarung dengan penyakit leukemia.

Seawal usianya, dia sudah berdepan dengan ujian yang besar, namun semangatnya tetap kuat.

Sejak didiagnos, Ali perlu menjalani rawatan kemoterapi.

Awal-awal lagi, tubuh kecilnya sudah diuji dengan demam berpanjangan akibat jangkitan kulat yang menyerang hati, limpa dan buah pinggang.

Kesannya, kadar protein albuminnya menurun, menyebabkan badannya membengkak dan tekanan darahnya meningkat.

Pernah satu ketika, keadaan Ali menjadi terlalu kritikal. Tekanan darahnya melonjak tinggi sehingga dia terpaksa ditidurkan selama tiga hari.

Untuk mengawal jangkitan, Ali kini perlu mengambil ubat anti-kulat dalam tempoh kira-kira enam bulan.

Selain itu, dia menjalani kemoterapi sebulan sekali dan kemoterapi tulang setiap tiga bulan.

Difahamkan, Ali sudah berada di fasa akhir rawatannya dan dijangka tamat kemoterapi pada penghujung tahun 2027.

Ramai doakan kesembuhan Ali

Siapa sangka, satu video ringkas yang dimuat naik oleh ibu Ali mampu menyentuh hati berjuta-juta orang.

Dengan lebih lima juta tontonan di TikTok, ramai netizen terharu melihat ketabahan kanak-kanak ini dalam menghadapi ujian.

Tak kurang juga yang memuji cara didikan ibu bapanya yang jelas membentuk Ali menjadi anak yang luar biasa.

Yang lebih mencuit hati, ruangan komen dipenuhi dengan pelbagai reaksi yang bukan sahaja menyentuh perasaan, tapi juga mengundang senyuman.

“Janji dia berzikir walaupun dah tak perlu pakai speaker,”

“Hypothesis: Semakin lapar perut Ali, semakin kuat Ali berzikir,”

“Kalau mak dia lambat lagi beli makanan, mungkin satu tingkat tu bergegar dengan zikir dia,”

“Bagus didikan mak si ali. Semoga membesar menjadi anak yang baik pada agama dan ibu bapa,”

“Mesti mak Ali ajar kalau rasa sakit kena banyak berzikir. Ya Allah, angkat lah sakit dia,”

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Ali diberi kesembuhan, dipermudahkan segala urusannya dan terus kuat menghadapi ujian ini.

BACA: Berbasikal Di “Runway”, Mak Kiah Bikin Netizen Terhibur

BACA: Tular Masjid Beri Cabutan Bertuah Selepas Solat Tarawih Curi Perhatian Ramai

BACA: Ini Rupanya Bentuk Anak Bulan Yang Dicerap

Sumber: Adawiyah via TikTok

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.