Berbasikal Di “Runway”, Mak Kiah Bikin Netizen Terhibur
Pertunjukan fesyen lazimnya dikaitkan dengan gaya berjalan penuh elegan oleh model-model berbakat di atas “runway”, memukau setiap mata yang memandang.
Namun, terdapat juga pertunjukan fesyen yang cuba menampilkan ‘kelainan’ bagi menarik perhatian orang ramai.
Bila “Acik” jadi model
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memperlihatkan seorang wanita dikenali sebagai Mak Kiah mencuri perhatian ramai dalam satu pertunjukan fesyen.
Video yang dimuat naik di akaun TikTok @makkiahferryofficial itu menampilkan ramai model berjalan penuh anggun di atas pentas.
Mak Kiah sebaliknya muncul dengan gaya yang luar biasa, menaiki basikal sambil menggayakan telekung.
Dengan lengkap berhelmet putih, Mak Kiah mengayuh basikalnya di atas “runway”, mencipta suasana yang santai dan menghiburkan.
Keletahnya yang spontan dan penuh selamba membuatkan ramai netizen tidak kering gusi.
“Acik tak reti control ayu, acik jadi diri acik je lah ya,” tulisnya di kapsyen video tersebut.
@makkiahferryofficial Acik tak reti control ayu,acik jadi diri acik jelah ya🥶🙏🏻 tq @MINAZ MY @MINAZ Hijab Official 😍 #modelling #tudung #foryoupage
Tidak mengambil masa lama, video tersebut terus meledak dengan lebih empat juta tontonan dan ribuan komen daripada netizen yang terhibur dengan gelagat Mak Kiah.
Rata-rata mereka memuji strategi promosi yang ‘lain daripada yang lain’ ini.
“Ini baru betul, terbukti telekung tu selamat untuk bawa terawih sebab makcik tu naik basikal tak melekat kat tayar,”
“Siapa Mak Kiah ni sebenarnya? Macam-macam dia boleh buat. Kagum sangat,”
“Makcik ni anak nombor dua ke sebab lincah lain macam,”
“Terbukti telekung ni tahan lasak,”
“Saya tengok video ni banyak kali bagi Mak Kiah letih sebab tak reti duduk diam,”
“Menangis model yang kena belajar jalan, makcik steady ja kayuh basikal,”
BACA: Treler “Keluang Man” Buat Ramai Teruja
BACA: Ibu Sebak Kongsi Anak 9 Tahun Terpaksa Masuk Asrama
BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’
Sumber: TikTok @makkiahferryofficial