Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Sakit Gigi
Kredit: TikTok @amandaprawiria

Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’

Siti Nur Ain Natasya

Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’

Sakit gigi sering dianggap sebagai masalah kecil yang boleh dirawat dengan mudah. Namun, siapa sangka keadaan ini boleh bertukar menjadi ancaman yang meragut nyawa?

Baru-baru ini, seorang wanita dari Bandung berkongsi kisah tragis suaminya yang meninggal dunia akibat komplikasi daripada sakit gigi di akaun TikTok miliknya, @amandaprawiria.

Bermula dengan bengkak di leher

Pada awalnya, lelaki tersebut masih mampu bekerja seperti biasa walaupun mengalami sakit gigi.

Namun, tidak lama selepas itu, lehernya mula membengkak. Menyangka ia hanya sakit gigi biasa, dia sekadar menampal koyok pada bahagian yang bengkak.

Kerana pada waktu itu sedang “musim penyakit beguk”, si isteri menganggap suaminya hanya menghidap beguk.

Keesokan harinya, keadaan menjadi lebih serius apabila lelaki tersebut tidak dapat makan dan minum, selain sukar untuk bernafas dengan baik.

Bimbang dengan keadaan suaminya, si isteri segera membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, doktor yang memeriksa memutuskan bahawa dia hanya mengalami beguk dan membenarkannya pulang.

Keadaan semakin memburuk

Setelah kembali ke rumah, suaminya masih tidak dapat makan dan minum.

Keadaan semakin kritikal apabila dia langsung tidak boleh merebahkan badan kerana bengkak telah merebak ke bahagian bahu.

Bimbang dengan keadaan yang semakin parah, pasangan itu kembali ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Setelah diperiksa dengan lebih teliti, doktor mendapati lelaki tersebut mengalami “abses gigi” yang berpunca daripada jangkitan kuman pada gigi berlubang.

Jangkitan itu telah merebak ke bahagian leher dan bahu serta memberi kesan kepada paru-parunya.

Bengkak yang dialaminya selama ini sebenarnya berpunca daripada nanah yang terhasil akibat jangkitan tersebut.

Menyedari situasi yang semakin meruncing, doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan segera.

Keadaan ‘kelihatan’ membaik usai pembedahan

Lelaki tersebut dimasukkan ke hospital pada Sabtu dan dijadualkan menjalani pembedahan pada Ahad.

Sepanjang tempoh itu, dia terpaksa mengambil ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan yang dialami.

Beberapa jam sebelum masuk ke bilik pembedahan, dia sempat membuat panggilan video bersama anaknya.

Pembedahan berjalan lancar, namun keadaan lelaki itu masih belum stabil.

Doktor memindahkannya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana dia masih mengalami sesak nafas.

Pada hari pertama dan kedua di ICU, dia masih boleh menggunakan telefon dan berkomunikasi dengan isterinya seperti biasa.

Malah, mereka sempat berseloroh dan berjenaka.

Melihat keadaannya yang semakin baik, si isteri yakin bahawa suaminya akan kembali pulih.

Rasa gelisah, terpaksa ditidurkan

Bagaimanapun, pada hari ketiga di ICU, doktor memberikan ubat penenang untuk menidurkan lelaki itu seketika kerana perasaan gelisah yang melampau.

Pada hari keempat, ubat penenang tidak lagi diberikan dan doktor memaklumkan bahawa lelaki itu sepatutnya sudah boleh sedar.

Malangnya, dia tidak kembali sedar.

Selepas hampir seharian dalam keadaan koma, lelaki itu menghembuskan nafas terakhir di hadapan isteri tercinta pada Jumaat, kira-kira waktu Asar.

BACA: Rakyat Malaysia ‘Bersatu’ Bantu Gadis Istimewa Pulang Dengan Selamat

BACA: 14 Tahun Join Puasa Waktu Ramadan, Soo Wincci Kongsi Tip Buat Non-Muslim

BACA: Pasangan Suami Isteri Ditemui Maut Dalam Kereta

Sumber: Amanda Prawiria via TikTok