Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Suami isteri kaku dalam kereta
Sumber: Media Indonesia

Pasangan Suami Isteri Ditemui Maut Dalam Kereta

Hannah

Pasangan Suami Isteri Ditemui Maut Dalam Kereta

Sepasang suami isteri ditemui kaku di dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan raya Jogja-Magelang, kawasan Krakitan, Salam, Kabupaten Magelang.

Menurut laporan media tempatan, polis mengesahkan bahawa wanita tersebut sedang hamil tujuh bulan.

“Mereka pasangan suami isteri. Isterinya sedang hamil tujuh bulan dan merupakan penduduk Sleman,” kata Ketua Siasatan Jenayah Polresta Magelang, AKP La Ode Arwansyah.

Difahamkan, pihak polis kini sedang menyiasat punca kematian pasangan tersebut.

Berdasarkan pemeriksaan awal, mereka dipercayai meninggal dunia akibat keracunan

Keadaan mayat ketika ditemui menguatkan lagi andaian ini, di mana terdapat cecair yang dipercayai muntahan pada kedua-dua mangsa.

Menurut La Ode, kejadian itu mula disedari oleh orang awam yang melihat kenderaan jenis Hyundai tersebut diparkir di lokasi berkenaan sejak petang Isnin, sekitar jam 6.00 petang waktu tempatan.

Sehingga menjelang tengah malam, kereta itu masih berada di tempat yang sama, dengan enjin dimatikan tetapi lampu masih menyala, menyebabkan penduduk sekitar berasa curiga.

“Sehingga jam 11.30 malam, kedudukan kereta masih sama. Enjin tidak dihidupkan, tetapi lampu kenderaan masih menyala,” katanya.

Disebabkan rasa curiga, beberapa penduduk cuba membuka pintu kenderaan tersebut dan terkejut apabila mendapati dua individu dalam keadaan tidak bernyawa di dalamnya.

“Mangsa wanita ditemui dalam keadaan berbaring di paha kiri suaminya, manakala lelaki tersebut berada di atasnya,” jelas La Ode.

Beliau menambah, ketika polis tiba di lokasi kejadian, mereka menemui lendir yang dipercayai sisa muntahan pada mulut mangsa lelaki.

“Kedua-dua mangsa telah kaku. Mangsa lelaki ditemui memakai tali pinggang keledar dan rebah ke kiri, menindih isterinya yang juga menunjukkan tanda-tanda muntah sebelum meninggal dunia,” katanya.

Dipercayai akibat keracunan penyaman udara dalam kereta

Dalam perkembangan terkini, saudara kepada salah seorang mangsa memaklumkan menerima maklumat bahawa punca kematian pasangan tersebut disyaki akibat terhidu gas beracun dari penyaman udara kenderaan mereka.

“Maklumat terakhir yang kami terima menunjukkan kemungkinan besar mereka mengalami keracunan penyaman udara dalam kereta,” katanya.

Dia turut memaklumkan bahawa pihak keluarga tidak mengizinkan bedah siasat dilakukan ke atas jenazah pasangan berkenaan.

“Jenazah sudah dikebumikan, baru sahaja selesai,” tambahnya.

BACA: Mercedes Benz Diubah Menjadi “Rumah Sakit Bergerak”

BACA: Pope Francis Dalam Keadaan ‘Kritikal’ – Vatican

BACA: Saintis China Temui Koronavirus Baharu Dalam Kelawar, Berisiko Jangkiti Manusia

Sumber: Detik (1) (2)