Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Pope Francis kritikal
Gambar: AFP

Pope Francis Dalam Keadaan ‘Kritikal’ – Vatican

Hannah

Pope Francis Dalam Keadaan ‘Kritikal’ – Vatican

Pope Francis kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami krisis pernafasan akibat asma yang berpanjangan, menurut kenyataan rasmi Vatican pada Sabtu.

“Pagi ini, Pope Francis mengalami krisis pernafasan akibat asma dalam tempoh yang panjang, yang turut memerlukan penggunaan oksigen pada kadar tinggi,” kata pihak Vatican mengenai keadaan pemimpin tertinggi Katolik itu, yang sedang menerima rawatan radang paru-paru (pneumonia).

Walaupun masih “berwaspada dan sedar”, Pope Francis dilaporkan mengalami kesakitan lebih teruk berbanding semalam dan terpaksa menerima pemindahan darah bagi merawat anemia.

Sepanjang berada di hospital, Pope Francis tetap menjalankan beberapa tugasan, termasuk membuat panggilan telefon harian kepada paderi di Gaza, menandatangani dokumen rasmi dan menerima kunjungan Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Di luar Vatican, umat Katolik dari Argentina hingga ke Eropah mengadakan solat khas dan nyalaan lilin bagi mendoakan kesembuhan beliau.

Di hospital Agostino Gemelli, Rome, surat serta lukisan daripada kanak-kanak pesakit kanser turut dihantar sebagai tanda sokongan kepada Pope Francis.

BACA: Pemandu Maut, Penumpang Cedera Lori Jatuh Gaung Di Kuala Krai

Sebelum ini, Vatican mengesahkan bahawa Pope Francis akan terus dirawat di hospital dan tidak akan menyampaikan Doa Angelus mingguan.

Ini menjadikan kali ketiga dalam tempoh hampir 12 tahun kepemimpinannya beliau tidak dapat hadir untuk upacara tersebut.

Keadaan Pope Francis pada awal minggu ini dilaporkan semakin baik selepas beliau menunjukkan respons positif terhadap rawatan pneumonia.

Namun, keadaan kembali merosot apabila doktor mendapati rawatan yang diberikan masih memerlukan masa untuk berkesan sepenuhnya.

“Adakah Pope sudah bebas daripada bahaya? Tidak. Kedua-dua kemungkinan masih terbuka. Adakah beliau dalam risiko kematian serta-merta? Tidak. Namun, rawatan masih memerlukan masa untuk bertindak,” kata Profesor Sergio Alfieri, pakar bedah yang pernah melakukan pembedahan ke atas Pope sebelum ini.

BACA: ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin Meninggal Dunia Selepas Main Bola Sepak

Untuk info, Pope Francis yang berasal dari Argentina, pernah mengalami jangkitan paru-paru yang serius semasa muda, menyebabkan sebahagian paru-parunya terpaksa dibuang.

Beliau juga menjalani pembedahan usus pada 2021 akibat divertikulitis dan pernah dimasukkan ke hospital pada 2023 kerana bronkitis.

Dalam beberapa bulan terakhir, beliau juga dilaporkan beberapa kali terjatuh, menyebabkan kecederaan di dagu dan lengan sehingga memerlukan anduh.

BACA: OKU Maut Di Stesen LRT: MOT Arah Kaji Semula Aspek Keselamatan Di Semua Stesen

Sumber: CNN