Siakap Keli
Treler "Keluang Man"
Kredit: YouTube Astro Shaw

Treler “Keluang Man” Buat Ramai Teruja

Treler “Keluang Man” Buat Ramai Teruja

Siapa yang membesar dengan animasi lagenda “Keluang Man”, bersedialah untuk kembali ke zaman kanak-kanak.

Selepas sekian lama dinantikan, Astro Shaw akhirnya berkongsi satu teaser treler filem live action yang diadaptasi daripada siri animasi ikonik itu.

Treler pendek ini pertama kali ditayangkan secara eksklusif di pentas Gempak Most Wanted Award 2024, yang berlangsung pada malam semalam.

Dalam masa yang sama, Astro Shaw juga telah memuat naik teaser treler ini ke akaun YouTube dan Instagram rasmi mereka.

Hanya berdurasi 30 saat, tetapi cukup berjaya membangkitkan keterujaan luar biasa dalam kalangan peminat yang tidak sabar menantikan tayangan penuhnya di pawagam.

Nas-T bawa watak Keluang Man?

Ramai berpendapat pemilihan Nas-T sebagai Keluang Man sangat ‘ngam’, dengan suara, gaya penyampaian dan aura yang dibawakan cukup meyakinkan.

Tidak hairanlah ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan pujian terhadap lakonannya.

“Anak 80an dan 90an, kali ini kita enjoy

Sejurus selepas treler ini dimuat naik, ruangan komen di YouTube dan Instagram dibanjiri dengan reaksi positif daripada peminat yang sudah lama menantikan filem ini direalisasikan.

“C.G.I gelap tu nampak cantik jugak,”

“Lagu intro sedap, colour grading ala-ala Batman, scene nampak gempak, shoot pun nampak cantik,”

“Layan dari zaman kecil, akhirnya dapat jugak tengok Keluang Man live action,

“Tengok treler ini berair mata, teringat kartun Keluang Man dulu-dulu,”

“Teruja, sebak, bangga sebab impian kanak-kanak jadi kenyataan, dapat bayangkan pawagam penuh padat masa tu nanti,”

“Takut nak tengok sebab risau kecewa, tapi treler ni memang diluar jangkaan, tak sabar nak tengok filem ni,”

Bukan setakat ‘orang lama’, tetapi generasi baru juga dilihat mula menunjukkan minat terhadap filem ini selepas melihat treler yang ditampilkan.

BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’   

BACA: Ini Sebab Kenapa Sut Angkasa Ada Warna Jingga Dan Putih

BACA: Disangka Sakit Gigi Biasa, Lelaki Meninggal Dunia Usai ‘Ditidurkan’

Sumber: Astro Shaw

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.