Siakap Keli
lelaki bakar ibu kandung
Kredit: Bernama

Polis Tahan Lelaki Didakwa Bunuh, Bakar Ibu Kandung

Polis Tahan Lelaki Didakwa Bunuh, Bakar Ibu Kandung

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai membunuh dan membakar ibunya dalam kejadian di Jalan Tok Keling, Alor Setar pada Ahad, lapor Astro Awani.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima laporan menerusi talian MER 999 berhubung seorang lelaki bertindak di luar kawalan.

Tambahnya, sepasukan anggota polis ditugaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

“Sebaik tiba di lokasi, polis telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki dipercayai suspek yang dikatakan mengamuk.

“Pemeriksaan lanjut polis sejurus itu telah menemui mayat wanita berusia 68 tahun dalam keadaan terbakar di dalam rumah dipercayai telah dibunuh.

Polis tahan lelaki OKU bunuh dan bakar ibu sendiri di Alor Setar

“Hasil siasatan awal berdasarkan temu bual ke atas saksi iaitu anak kepada suspek berusia 14 tahun yang tinggal di rumah itu memberitahu, dalam kejadian antara 7 sehingga 7.30 pagi itu dia terdengar pertengkaran berlaku antara ayahnya (suspek) dengan mangsa iaitu neneknya.

“Mendengar jeritan neneknya meminta tolong, saksi kemudian keluar dari bilik lalu bergegas keluar dari rumah untuk meminta bantuan daripada jiran berdekatan,” jelasnya seperti yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Siti Nor Salawati turut memaklumkan bahawa saksi yang merupakan seorang jiran yang terlihat perbuatan suspek cuba mencegahnya, namun telah diancam oleh suspek.

Berikutan itu, saksi terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Suspek merupakan pemegang kad OKU

Ujarnya lagi, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 43 tahun itu merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental.

Menurut Astro Awani, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk melakukan proses bedah siasat.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelas Siti Nor Salawati.

BACA: Mekanik Dedah 11 Komponen Kereta ‘Wajib’ Diperiksa & Diganti

BACA: Kes Zulfarhan: Enam Bekas Penuntut UPNM Terlepas Hukuman Mati, Penjara 18 Tahun Kekal

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.